Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Julang Gelaran Juara Dunia, Kepulangan Wira Badminton Negara Gamatkan KLIA

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi bertukar meriah dengan kepulangan pasangan sensasi badminton negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang mencipta sejarah selaku beregu campuran pertama Malaysia menjulang gelaran juara dunia.

Kepulangan wira badminton negara!

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan ranking keempat dunia itu tiba jam 5.51 pagi tadi menerusi pesawat Malaysia Airlines MH21 dan disambut ratusan peminat yang setia menunggu sejak awal pagi.

wira badminton

Foto: Malaysia Airlines

Wajah ceria mereka jelas terpancar sambil melambai tangan ke arah penyokong.

Turut tiba bersama, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang pulang sebagai naib juara dunia selepas mengharungi perlawanan final penuh dramatik di Paris.

wira badminton

Foto: Malaysia Airlines

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama barisan kepimpinan sukan termasuk Ketua Setiausaha KBS, Datuk Ts Dr K Nagulendran; Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin; serta Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam hadir memeriahkan sambutan.

Lebih bermakna ahli keluarga wira badminton, masing-masing termasuk ibu Tang Jie, Chen Keat Siew; ibu bapa Ee Wei, Toh Kok Leong dan Jane Yeoh; serta bapa Thinaah, S Muralitharan turut berada di balai ketibaan menyambut detik penuh emosi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Wan Arif-Roy King Buka Dengan Langkah Kanan Kejohanan Badminton Dunia

Wira badminton beri hadiah Hari Merdeka

Kejayaan bersejarah itu hadir pada sambutan Hari Merdeka pada Ahad, selepas Tang Jie-Ee Wei menundukkan gandingan pilihan kedua China iaitu Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 21-15, 21-14 dalam tempoh 40 minit di pentas final Kejohanan Dunia di Adidas Arena, Paris.

wira badminton

Foto: Reuters

Sorakan “Merdeka!” bergema di arena sejurus kemenangan disahkan.

Tang Jie tampil garang mengawal gelanggang belakang, manakala Ee Wei tenang mendominasi permainan di jaring melengkapkan kemenangan straight set yang menobatkan mereka sebagai juara dunia.

Sementara itu, Pearly-Thinaah yang kini menghuni ranking kedua dunia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas sengit 14-21, 22-20, 17-21 kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dalam aksi final yang berlangsung selama 83 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Ferzalfie Fauzi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd