Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenal Selok-Belok Hutan, Orang Asli Mohon Diberi Lesen Malim Gunung

Pemberian lesen malim gunung kepada sukarelawan Orang Asli yang membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita di Gunung Batu Putih wajar dipertimbangkan kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam mengenai selok-belok kawasan hutan tersebut.

Kurang risiko kejadian pendaki sesat

Memetik laporan daripada bernama, penyelaras sukarelawan berkenaan yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi masyarakat Orang Asli, Chew Ho Beng menyatakan cadangan itu mampu mengurangkan risiko kejadian pendaki sesat atau hilang selain memudahkan usaha pengesanan sekiranya berlaku kecemasan.

“Kelebihan utama komuniti Orang Asli adalah kemampuan mereka memahami persekitaran hutan secara mendalam termasuk laluan serta tanda alam yang sukar dikenal pasti oleh orang luar.
Bukan niat untuk memperkecilkan mana-mana pihak, cuma dengan sedikit kelebihan yang ada pada mereka boleh membantu para pendaki serta mengurangkan risiko sesat atau hilang ketika melakukan aktiviti pendakian,” katanya.

Niat cari rezeki & kongdi pengetahuan berkaitan hutan

Semalam, seramai 22 sukarelawan Orang Asli suku Semai memulakan perjalanan ke Kem Sukaneka serta Gunung Rayu bagi mengesan Jaslinda Saludin, 49, yang hilang sejak 24 Mei ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih.

Menurut Ho Beng, sekiranya cadangan itu direalisasikan, lesen berkenaan boleh dihadkan penggunaannya hanya di Gunung Batu Putih memandangkan sukarelawan yang terlibat mempunyai kepakaran khusus terhadap kawasan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebab itu saya melihat tiada masalah jika lesen yang diberikan hanya terpakai di Gunung Batu Putih. Niat mereka hanya untuk mencari rezeki dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman yang mereka ada situ,” katanya.

Boleh bantu jana pendapatan lebih stabil

Dalam pada itu, beliau berkata rata-rata sukarelawan terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap, justeru peluang berkenaan bukan sahaja membantu menyediakan sumber pendapatan yang lebih stabil malah memberi pengiktirafan terhadap kepakaran mereka.

“Pengiktirafan terhadap Senoi Praaq sebelum ini membuktikan bahawa kemahiran masyarakat Orang Asli dalam selok-belok hutan sememangnya diiktiraf berdasarkan kepakaran mereka di lapangan.
“Kemahiran yang sama juga sedikit sebanyak ada pada sukarelawan ini. Jadi, saya fikir mengapa tidak diberikan peluang sama (lesen malim gunung) kepada mereka untuk membuktikan keupayaan yang dimiliki,” katanya.

Untuk rekod, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, namun wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak sebelum kali terakhir dilihat pada 24 Mei.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd