Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kemungkinan Penculikan Pamela Dirancang Sendiri – Polis

Polis tidak menolak kemungkinan insiden penculikan membabitkan Datin Seri Pamela Ling Yueh merupakan satu perancangan yang disengajakan oleh mangsa sendiri.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, elemen kemungkinan penculikan dirancang sendiri itu turut menjadi fokus siasatan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

Foto: Harian Metro

“Kita tidak dapat mengesahkan kesahihan perkara ini namun ia turut diambil kira dalam elemen siasatan kita,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat mengikuti arahan suspek tanpa berlaku sebarang pergelutan, malah penculikan itu berlaku dalam keadaan yang teratur dan lancar.

“Kita sedang menyiasat semua aspek kes ini untuk menentukan sama ada insiden tersebut benar-benar satu penculikan atau sesuatu yang telah dirancang oleh mangsa sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Datin Seri Pamela dijadualkan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 April lalu sekitar jam 1.30 petang hingga 2.10 petang. Namun, beliau gagal hadir seperti yang ditetapkan.

Menurut kenyataan SPRM, peguam kepada Pamela iaitu Sangeet Kaur Deo telah membuat laporan polis pada hari kejadian berikutan ketidakhadirannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

Kini, usaha mengesan keberadaan beliau terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa pihak polis.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini secara menyeluruh.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd