Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelantan Roboh Penempatan Haram Didiami Etnik Rohingya Di Tanah Kerajaan

Kerajaan Negeri Kelantan merobohkan sebuah premis dan tiga rumah kediaman yang didiami etnik Rohingya secara haram di atas tanah milik kerajaan di Pechong, Tanah Merah, hari ini.

Memetik laporan daripada Harian Metro, operasi yang bermula pada jam 10.30 pagi itu diketuai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersama Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah serta disertai beberapa agensi berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah menyatakan, tindakan itu diambil selepas pihaknya mengesan premis dan kediaman berkenaan dibina tanpa kelulusan atau kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum disewakan kepada etnik Rohingya.

“Antara yang dirobohkan ialah sebuah premis dan tiga rumah kediaman yang dibina tanpa kelulusan merancang atau kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa.
“Tindakan ini dibuat bagi membanteras kegiatan pencerobohan tanah kerajaan secara haram selain menangani isu penempatan warga asing tanpa dokumen sah serta mengelakkan aktiviti menyalahi undang-undang di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Hilmi, kerajaan negeri akan terus mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang menceroboh, memajukan atau menyewakan tanah rizab serta tanah kerajaan secara haram kepada warga asing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan tanah milik kerajaan tidak terus disalahgunakan dan segala aktiviti yang menyalahi undang-undang dapat dibendung.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahman) Facebook Majlis Daerah Tanah Merah

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd