Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelantan Dah Lama Ketinggalan, Jadi Kita Nak Kejar – MB

Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas layanan yang disifatkan adil dan saksama kepada negeri itu dalam pelaksanaan projek serta keperluan pembangunan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting dalam memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Menurutnya, pendekatan kerjasama itu diibaratkan seperti hubungan anak dan bapa yang perlu sentiasa berunding demi kepentingan bersama.

“Kami di peringkat negeri sentiasa mengamalkan hubungan baik ini dan saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri lain.
“Malah ada yang mengatakan Kelantan kadang kala menerima perhatian lebih dan bagi kami sama sudah baik serta lebih baik kalau lebih lagi,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (Kuala Balah-Pas) berkaitan mekanisme pelaksanaan dan pengurusan Belanjawan 2026 serta langkah mitigasi risiko ekonomi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam nada berseloroh, beliau berkata gelaran negeri miskin bukanlah isu besar, namun menegaskan aspek kebajikan rakyat perlu terus dipelihara.

“Kita selalu disebut negeri miskin, tak apa, tapi jangan sampai jadi fakir,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan kepentingan tadbir urus kewangan yang berdisiplin dengan menekankan dua ciri utama iaitu keupayaan (al-Qawi) dan amanah (al-Amin) dalam mengurus sumber negeri.

Katanya, setiap perbelanjaan di bawah Belanjawan 2026 diurus secara berhemah dengan mengambil kira impak jangka pendek dan panjang serta memberi keutamaan kepada projek berimpak tinggi.

“Kelantan dah lama ketinggalan, jadi kita nak kejar,” katanya.

Pemantauan turut dilaksanakan secara menyeluruh melalui Pejabat Perbendaharaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri serta Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri bagi memastikan projek menepati skop, kos dan tempoh ditetapkan.

Artikel lain: Bebas Rasuah! Tiada Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Diheret SPRM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam aspek perolehan pula, beliau berkata kerajaan negeri memberi keutamaan kepada syarikat tempatan termasuk syarikat berkaitan kerajaan mengikut kepakaran sektor masing-masing seperti pertanian, digital, perlombongan dan tenaga hijau.

Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin mengakui Kelantan merupakan antara negeri yang sudah lama ketinggalan dari segi pembangunan, justeru usaha mengejar kemajuan perlu dipercepatkan dengan sokongan semua pihak.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Nurul Hidarina meluahkan dakwaan berhubung gangguan berulang yang dialami keluarganya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Khamis, yang menurutnya...

Lokal

Penantian lebih sedekad akhirnya berbalas apabila seorang pegawai tadbir negeri berjaya merealisasikan impian lamanya untuk bergelar jutawan selepas diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd