Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kelajuan Rangkaian 5G Malaysia Ketiga Terpantas Di Dunia – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi da Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan Malaysia menduduki tempat ketiga memiliki kelajuan rangkaian 5G terpantas di dunia dengan media 482.25Mbps.

Ia sekaligus menjadikan rangkaian 5G Malaysia terpantas di Asia Tenggara berdasarkan keputusan terkini data Perisikan Speedtest Ookla bagi suku ketiga 2023.

Kepantasan itu jelas membuktikan komitmen kerajaan Malaysia terutama kementeriannya dalam memastikan kualiti rangkaian 5G bertaraf dunia dibangunkan di negara ini.

“Semestinya ini merupakan pencapaian yang cemerlang namun untuk masa hadapan, KKD perlu fokus meningkatkan penerimagunaan 5G dalam kalangan industri dan rakyat,”katanya.

5G Fahmi Fadzil

Memetik laporan Astro Awani, Fahmi berkata,  sehingga hujung September, liputan rangkaian 5G telah mencapai 70.2 peratus di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau menjelaskan mengenai Portal My5G yang berfungsi sebagai sumber yang berharga untuk syarikat, perkhidmatan awam, ahli akademik dan orang ramai yang menyasarkan untuk menerima teknologi 5G.

“Adalah penting untuk mengiktiraf bahawa 5G mewakili asas bagi revolusi teknologi yang akan berlaku. Walaupun peralihan kepada 5G mungkin mempunyai cabaran, namun semua pihak berkepentingan mesti menerima platform ini dan memanfaatkan potensinya,” katanya.

Tambah beliau, Digital Nasional Berhad (DNB) disasarkan untuk menunjukkan keupayaan sebenar teknologi yang menggunakan rangkaian 5G dalam ruang automasi, kecerdasan buatan (AI), realiti lanjutan (X) dan robotik, mempromosikan penggunaan 5G dalam kalangan pemimpin perusahaan dalam sektor awam dan swasta, serta orang awam.

Portal My5G ialah usaha kerjasama antara DNB dan rakan kongsi utamanya Ericsson, serta ekosistem lebih 20 rakan penyelesaian tempatan dan antarabangsa.

Ia berfungsi sebagai pemangkin bagi perkongsian pengetahuan, idea dan penciptaan bersama, memacu kemajuan teknologi 5G dan penggunaannya pada skala global.

5G Fahmi Fadzil

Artikel lain: CEO Baharu DNB Akan Diumum Selepas Perjanjian Dimuktamad – Fahmi Fadzil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun menerusi ciapan Fahmi di aplikasi X, penerimagunaan 5G di Malaysia masih rendah walaupun liputan 5G telah mencecah 70.2 peratus.

“Usaha meningkatkan angka ini perlu diteruskan.
“Maka petang tadi, saya telah melancarkan Pusat Pengalaman 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) yang turut dihadiri beberapa wakil kedutaan asing,”katanya lagi.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Huda Musa), Astro Awani

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd