Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Keganasan Rumah Tangga: Suri Rumah Paling Ramai Jadi Mangsa, Lebih 2,400 Kes Direkod Januari-April

Sebanyak 2,467 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh Januari hingga April 2025, menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Menurut laporan Astro Awani, beliau berkata, hasil kajian mendapati golongan suri rumah merupakan kumpulan paling terkesan dan menjadi mangsa tertinggi dalam kes-kes keganasan rumah tangga.

“Malah, ada yang tidak sedar mereka sebenarnya sedang didera. Ini kerana penderaan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi juga emosi dan psikologi. Ada pelaku yang menggunakan taktik manipulasi mental, hingga mangsa keliru dan tidak menyedari diri mereka menjadi mangsa,” katanya.

Foto: Astro Awani

Noraini berkata, kajian turut menunjukkan bahawa kebanyakan penderaan dilakukan oleh individu terdekat, sama ada pasangan atau ahli keluarga sendiri.

Bagi negeri Terengganu sahaja, sebanyak 104 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama, menunjukkan sedikit penurunan berbanding 130 kes pada tahun lalu.

Namun, jumlah tersebut masih dianggap membimbangkan dan memerlukan perhatian serius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kementerian bagi membendung isu ini. Antaranya termasuk pelaksanaan Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) yang memberi tumpuan kepada pencegahan dan sokongan kepada mangsa.

“Melalui program ini, kita bawakan pakar dan juga pemandiri  iaitu bekas mangsa keganasan rumah tangga untuk berkongsi pengalaman mereka bangkit dan memulihkan kehidupan. Ia diharap dapat menjadi inspirasi kepada peserta lain,” ujarnya.

Satu lagi komponen penting dalam program itu ialah sesi intervensi psikologi dinamakan ‘K-Chat’, yang merupakan sesi berkumpulan bersama kaunselor dan fasilitator terlatih.

Foto: Utusan Malaysia

“K-Chat membantu peserta memahami dan menangani kesan trauma akibat keganasan, serta membuka ruang untuk mereka mendapatkan sokongan emosi yang selamat dan profesional,” tambahnya.

Kementerian komited untuk terus memperkasa masyarakat dalam menangani isu ini dan menyeru agar semua pihak tampil membantu mangsa serta tidak menormalisasikan sebarang bentuk penderaan dalam rumah tangga.

Sumber: Astro Awani 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd