Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kedah Akan Kawal Penjualan Vape Sebelum Putuskan Larangan – Sanusi

Kedah memutuskan akan melakukan kaedah kawalan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum membuat sebarang keputusan mengenai larangan penjualan produk tersebut.

Kedah kawal penjualan vape

Kedah Akan Kawal Penjualan Vape

Foto: malaysiakini

Menurut laporan Malaysiakini, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu, kerajaan negeri tidak akan membuat keputusan secara melulu untuk mengharamkan penjualan produk itu memandangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan lesen.

“Terengganu telah mula pada 2016 lagi proses untuk melarang penjualan vape di Terengganu… di Kedah, PBT telah keluarkan lesen untuk premis penjualan vape sebelum ini,
“Jadi bila lesen dah ada mereka berhak beroperasi. Kita tak boleh buat keputusan hari ini, nanti mereka saman kita pula,” kata Sanusi hari ini.
Kedah Akan Kawal Penjualan Vape

Foto: Harian Metro

Sanusi berkata, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria telah diarahkan untuk membentang kertas cadangan berhubung langkah kawalan itu pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Beliau juga menjelaskan bahawa langkah kawalan akan dilakukan sehingga lesen-lesen premis penjualan vape dihentikan dan selepas proses tersebut barulah keputusan mengenai penjualan vape boleh diambil.

Kedah Akan Kawal Penjualan Vape

Foto: mStar

Menurut Mansor pula, kaedah kawalan yang akan dicadangkan adalah sama seperti penjualan rokok ketika ini iaitu produk terbabit tidak akan dijual kepada kanak-kanak atau remaja bawah umur dan tidak boleh diiklankan.

“Sekarang ini, kedai vape menggunakan papan iklan bagi mempromosi produk itu di premis mereka. Namun selepas ini tidakan itu tidak akan dibenarkan lagi. Produk tersebut juga hanya boleh dijual di premis tertutup seperti kedai serbaneka,” kata Mansor.

Artikel lain: Sultan Pahang Saran Kerajaan Haramkan Vape

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu kerajaan negeri mempunyai hak daripada sudut undang-undang untuk mengharamkan penjualan vape.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: malaysiakini

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd