Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kecoh Habis! Peniaga2 Pasar Siti Khadijah Gaduh Sebab Berebut Pelanggan

Peniaga-peniaga gerai makan di laman Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan yang ‘gaduh’ pada Isnin dilaporkan berlaku kerana berebut pelanggan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud, pihaknya telah menerima dua laporan berkait kejadian itu pada jam 8.03 malam.

Difahamkan, pergaduhan antara beberapa lelaki termasuk wanita itu berlaku pada jam 5 petang.

Hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada isu berebut pelanggan di antara peniaga-peniaga di kawasan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maklumnya, mereka telah datang ke balai polis, bagaimanapun menarik semula laporan selepas beberapa jam.

“Kedua-dua belah pihak telah datang ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat laporan. Beberapa jam kemudian kedua-dua pihak telah menarik semula laporan tersebut.
“Tindakan kedua-dua pihak yang cuba menarik balik laporan polis dengan tujuan untuk selesaikan kes adalah bukan penyelesaiannya. Hal ini kerana kesan yang telah dilakukan oleh mereka itu telah menjejaskan keamanan masyarakat secara amnya,” katanya dalam satu kenyataan.

gaduh

Ujar Mohd. Rosdi, pihak polis akan terus menjalankan saisatan lanjut berhubung kes tersebut.

Katanya lagi, pihaknya sedang mengesan serta menangkap suspek-suspek yang terlibat. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Artikel lain: Polis Siasat Video Gaduh Libatkan Rider, Lelaki ‘Blazer’ Merah & Pengawal Keselamatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Online (Muhammad Yatimin Abdullah)

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd