Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kanak-Kanak Terlalu Minat Polis, Anggota Hadir Buat Kejutan Sempena Hari Lahir!

Sebuah video menyentuh hati tular di TikTok apabila seorang pengguna, @subalakkshmi_ berkongsi detik istimewa anak saudaranya yang dikenali sebagai Oum menerima kehadiran anggota polis sempena sambutan hari lahir.

Kanak-kanak terlalu minat polis

minat polis

Menerusi video tersebut, Subalakkshmi memaklumkan Oum yang kini berusia tiga tahun sangat meminati polis, termasuk kereta polis dan apa sahaja yang berkaitan dengan pasukan keselamatan itu.

“Oum mencintai polis, kereta polis, apa-apa yang berkaitan polis. Dia sangat meminatinya. Jadi saya ingin memberi dia kejutan yang sangat istimewa,” katanya dalam rakaman tersebut.

Menurutnya, kejutan itu direalisasikan hasil keberanian dan usaha dia bersama adik-beradik yang membuat panggilan kepada pihak polis, sebelum menerima respon positif daripada anggota bertugas.

“Jadi saya dan adik-beradik saya dengan beraninya membuat panggilan, dan kami berjaya,” ujarnya.

minat polis

Video itu memaparkan dua anggota polis dari Ampang Jaya, dikenali sebagai Amshar dan Abdullah hadir bersama kereta peronda di hadapan rumah mereka bagi mengejutkan Oum pada hari istimewanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Prince Syed Buat Laporan Polis, Barang Kemas Hilang Selepas Sambut Hari Lahir

minat polis

Subalakkshmi merakamkan penghargaan kepada kedua-dua pegawai berkenaan atas kesudian meluangkan masa serta menjadikan sambutan hari lahir Oum satu kenangan yang tidak akan dilupakan.

“Melihat anggota polis setuju untuk datang dan memberi kejutan kepada Oum, membuatkan setiap usaha berbaloi,” luahnya lagi.

Dalam video sama, anggota polis terbabit turut dilihat berinteraksi mesra dengan Oum sambil memberi nasihat agar rajin belajar, menghormati ibu bapa, menjaga keluarga selain membesar menjadi seorang lelaki yang berguna.

Malah, anggota berkenaan sempat bergurau dengan mengatakan Oum berpotensi menjadi pelakon drama Gerak Khas pada masa hadapan, mencuit hati ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @subalakkshmi_

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd