Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, Terjatuh Dari Tingkat Lapan

Suasana pagi di Flat Sri Perantau, di sini, bertukar hiba apabila jeritan “anak siapa jatuh ini?” memecah kesunyian.

Menurut laporan Kosmo!, jeritan itu kedengaran selepas seorang kanak-kanak lelaki, Ahmad Aizat Rashdan, 4, ditemui tertiarap berlumuran darah di kepala selepas terjatuh dari tingkat lapan flat berkenaan sekitar jam 7.45 pagi tadi.

jatuh

Foto: FB Mr Wan Cai Official

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Difahamkan, Ahmad Aizat merupakan anak sulung daripada dua beradik. Ibunya seorang guru pelatih sekolah rendah, manakala bapanya bekerja di pelabuhan.

Seorang jiran berusia 40 tahun berkata, dia terdengar bunyi kuat dari arah bawah flat ketika berada di dapur sebelum jeritan penduduk memanggil perhatian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingat orang buang sampah, tiba-tiba terdengar orang menjerit ‘anak siapa jatuh ini?’. Saya terus bergegas turun dan nampak ramai orang berkumpul. Mangsa masih bernyawa sebelum dibawa ambulans,” katanya.

Sementara itu, abang angkat mangsa berusia 12 tahun berkata, Ahmad Aizat telah dijaga oleh ibunya sejak bayi.

jatuh

Foto: Kosmo!

“Seminggu ini adik kelihatan sangat manja. Sepatutnya malam ini ayah mahu bawa dia bermain badminton. Kami juga sudah rancang sambut hari jadinya bulan Oktober ini,” ujarnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah mengesahkan mangsa meninggal dunia di HTAR dan kenyataan penuh akan dikeluarkan kemudian.

Sumber: Kosmo!  (Mohd Yunus Yakkub)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026. Jaminan itu merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd