Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Maut Tercekik Biji Rambutan Ketika Makan Bersama Kakak

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia selepas tercekik biji rambutan di sebuah kediaman di Felda Neram, Kemaman 1 pada Isnin.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari ketika mangsa sedang menikmati buah rambutan bersama kakaknya yang berusia enam tahun.

Foto: Facebook Mohd Hafiz Adam

Mohd Razi  berkata, mangsa diberikan buah rambutan yang telah dikupas oleh kakaknya sebelum mereka makan bersama.

“Ketika sedang makan, tiba-tiba suara mangsa tersekat-sekat dipercayai akibat biji rambutan yang dimakan tersangkut di kerongkong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Foto: Facebook Mohd Hafiz Adam

Foto: Facebook Mohd Hafiz Adam

Beliau menambah, mangsa kemudian segera dibawa ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2.50 petang pada hari yang sama.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disahkan akibat tercekik (choked) dan doktor turut mengesahkan terdapat biji rambutan di dalam kerongkong mangsa,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd