Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Ditemui Menggigil Di Luar Kedai, Polis Tahan Ibu Kandung & Bapa Tiri

Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes penderaan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Nilai.

Ibu kandung & bapa tiri anak-kanak lelaki ditahan

Menerusi kenyataan yang dikongsi media sosial Polis Daerah Nilai, Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Johari Yahya menyatakan tangkapan ke atas ibu kandung berusia 30 tahun dan bapa tiri berumur 22 tahun itu dilakukan pada jam 1.58 tengah hari selepas kedua-duanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Kanak-kanak ditemui dalam keadaan terbiar

Menurut beliau, kes berkenaan terbongkar semalam apabila seorang penghantar makanan menemui kanak-kanak tersebut dalam keadaan terbiar, ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka di Star Valley Nilai kira-kira jam 5.30 petang sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat unsur kecederaan disyaki akibat penderaan pada beberapa bahagian tubuh mangsa. Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.
“Siasatan lanjut turut mendapati kanak-kanak berkenaan pernah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor pada 2020 selepas mengalami kecederaan non-accidental injury berupa kesan melecur akibat terkena air panas di bahagian kepala, bahu kanan, dada dan belakang badan,” katanya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Johari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda dan atau penjara jika sabit kesalahan.

kanak-kanak

Artikel lain: Tular Seorang Maut, Dua Cedera Diserang Sekumpulan Lelaki Bersenjata Di Restoran

Johari berkata polis memandang serius sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Sumber: Facebook Polis Daerah Nilai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd