Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kalau Semua Jemaah Dunia Macam Malaysia, Saya Boleh Tidur Dengan Tenang – Menteri Haji & Umrah Arab Saudi

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sekali lagi mengiktiraf kecekapan dan disiplin jemaah Malaysia apabila memuji tahap kebersihan dan pengurusan di kawasan Masyair tahun lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, berkata penghargaan itu disampaikan sendiri oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah dalam pertemuan mereka semasa program Grand Hajj Symposium pada Ahad lalu.

Foto: Carian Google

“Dr Tawfiq secara berseloroh berkata kepada saya kalaulah semua jemaah haji dunia macam Malaysia, beliau boleh tidur dengan tenang.
“Itu gambaran selesanya kerajaan Arab Saudi kepada Tabung Haji dan jemaah kita kerana rekod terbaik dari segi kebersihan di Masyair tahun lalu,” katanya.

Kenyataan tersebut dizahirkan ketika beliau melancarkan Kempen Kebersihan Masyair 2025 di Abraj Al Tasyeer pada Isnin.

Kempen yang telah diperkenalkan sejak 2017 itu bertujuan menggalakkan jemaah haji Malaysia mengekalkan kebersihan diri dan persekitaran, terutama di kawsan utama seperti Arafah, Mudzalifah dan Mina

Tambah beliau, kempen ini juga sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan Arab Saudi untuk menjadikan pengurusan jemaah Malaysia sebagai contoh terbaik yang boleh dicontohi oleh negara lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya harap jemaah haji tahun ini dapat mengekalkan rekod cemerlang sebelum ini. Biarlah kita tinggalkan kawasan Masyair dalam keadaan bersih tanpa sampah-sarap,” ujarnya.

Dalam pertemuan bersama pihak Kementerian Haji dan Umrah itu, Dr. Mohd Na’im turut membincangkan isu pengagihan kad Nusuk adalah satu dokumen penting bagi pengurusan pergerakan jemaah.

“Tahun ini, Malaysia merupakan negara pertama yang diberikan keistimewaan untuk menerima kad Nusuk terus di tanah air. Namun, kira-kira 20 peratus jemaah belum sempat menerimanya sebelum berlepas,” jelasnya.

Foto: Sinar Harian

Beliau berharap agar pada musim haji akan datang, proses pengedaran kad tersebut dapat dilakukan lebih awal supaya semua jemaah dapat memilikinya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa petugas Tabung Haji kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk menyambut ketibaan jemaah ke kawasan Masyair, sebagai persediaan menjelang kemuncak ibadah haji tidak lama lagi.

Sumber: Sinar Harian (Nur Farhana Abdul Manan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd