Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kajol Mahu Bersara Selepas Lebih 30 Tahun Dalam Industri Seni?

Bintang popular Bollywood, Kajol sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila memaklumkan ingin mencari pekerjaan yang baharu.

Keinginannya itu telah mengundang pelbagai spekulasi ramai kerana Kajol seakan-akan meluahkan hasratnya untuk bersara daripada pekerjaannya yang dilakukan sejak 30 tahun lalu.

Menerusi hantaran baharu yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 48 tahun itu di laman Instagramnya, dia mendedahkan ingin berehat seketika daripada kerjaya seni selepas melalui fasa sulit.

Malah, Kajol terpaksa menolak beberapa tawaran yang diterimanya kerana mahu memberi fokus sepenuhnya dalam menjaga anak-anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, ramai peminat tidak mempercayai kata-katanya dan menganggapnya sebagai gimik semata-mata untuk projek terbaharu.

Tidak sampai tiga hari, dia membuat pengakuan perkara berkenaan sebenarnya hanya gimik untuk sebuah program televisyen, sekali gus mencetuskan rasa kurang senang peminat.

Sumber: Kosmo 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd