Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Juri Masterchef Australia Meninggal Dunia Pada Usia 46 Tahun

Juri Masterchef Australia, Jock Zonfrillo dikhabarkan meninggal dunia pada usia 46 tahun. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh ahli keluarga selebriti tersebut pada 1 Mei 2023.

Polis temui pada awal pagi semalam

Memetik laporan dari Berita Harian merujuk kepada agensi, Zonfrillo yang merupakan seorang hos juga ditemui meninggal dunia oleh polis di Melbourne awal pagi semalam.

“Dengan hati yang benar-benar hancur dan tanpa tahu bagaimana hidup boleh diteruskan tanpa dirinya, kami sangat sedih untuk berkongsi bahawa Jock sudah meninggal dunia,” kata keluarganya di media sosial.

Zonfrillo yang berdarah kacukan Scotland-Australia telah dilahirkan di Glasgow, Scotland pada 4 Ogos 1976  telah berlatih sebagai cef di United Kingdom (UK) sebelum berpindah ke Australia pada awal 2000.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu telah membuka Restoran Orana yang terkenal pada 2013 sebelum mengusahakan Bistro Blackwood, empat tahun kemudian ketika menetap di Adelaide.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zonfrillo yang tersenarai sebagai cef terkemuka di negara itu telah menjadikan Restoran Orana sebagai salah sebuah premis sajian terkemuka Australia dan memenangi pelbagai anugerah.

Sumber: Berita Harian (Susunan Affan Rostam)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd