Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jodoh Tak Panjang, Lucinta Luna Putus Tunang Dengan Alan

Selebriti Indonesia, Lucinta Luna mendedahkan sudah putus tunang dengan Alan atau nama sebenarnya, Arten Boltian sehingga menjadi bualan hangat ramai.

Lucinta atau Muhammad Fatah, 34, memaklumkan dia sudah bertaubat dengan apa yang berlaku malah meluahkan hasrat untuk berubah ke arah kebaikan.

Lucinta Luna putus tunang

Artikel lain: Selepas Dakwa Hamil, Lucinta Luna Menangis Ditinggalkan Tunang

“Alhamdulillah sekarang Cici Luna sudah taubat dan akaun ini kembali sah menjadi milikku. Ini semua doa daripada semua keluargaku.
“Hidup janda. Cici Luna sudah menjanda lagi,” katanya.

Sementara itu, Lucinta turut memberitahu sudah move on dan mahu melupakan Alan selepas apa yang terjadi antara mereka bersua sepanjang menjalin hubungan percintaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, transgender tersebut mendakwa hamil anak tunangnya, Alan yang sudah mencecah masuk 3 bulan. Bagaimanapun, Alan terpaksa pulang ke Ukraine untuk menyertai latihan ketenteraan di sana malah tidak pulang-pulang ke Indonesia sehingga kini.

Sumber: Instagram @Lucinta Luna, mStar

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd