Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jessi Terbukti Tidak Bersalah Atas Dakwaan Serangan Terhadap Peminat

Penyanyi dan juga rapper sensasi KPOP, Jessi atau Ho Hyun Joo, 36, dibebaskan daripada pertuduhan berkaitan kes serangan terhadap seorang peminat pada September lalu.

Balai Polis Gangnam di selatan Seoul berkata, hasil siasatan mendapati pihaknya tidak menemui sebarang bukti kukuh untuk mengaitkan Jessi dalam kes serangan itu.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam 29 September lalu, seorang peminat berusia 18 tahun mendekati Jessi untuk bergambar, namun berlaku pertengkaran yang membawa kepada pergaduhan membabitkan penerbit rapper Koala dan ahli kumpulan Jessi yang lain.

Susulan insiden tersebut, Jessi memohon maaf secara terbuka kepada umum dan mengaku menyesal kerana gagal menghentikan insiden itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami trauma.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram @jessicah_o

“Saya ingin memohon maaf dengan seikhlas hati kepada mangsa dan keluarganya atas semua kemudaratan yang berlaku disebabkan kejadian tersebut.
“Sejak insiden tersebut, saya sedar sudah melukakan bukan sahaja mangsa tetapi banyak pihak sehingga menyebabkan mereka berasa dikhianati dan marah.
“Saya menyesal dengan perbuatan saya. Kalaulah saya boleh kembali kepada waktu itu, saya akan mengambil gambar dengan mangsa.
“Jika saya proaktif dalam melindungi mangsa dan pergi ke balai polis dengan segera serta membuat permohonan maaf mungkin mangsa tidak akan sengsara sehingga tahap ini,” tulisnya kesal di Instagram.

Foto: Carian Google

Foto: PNATION

Terdahulu, tular sebuah rakaman di media sosial yang memaparkan seorang budak lelaki telah dipukul oleh beberapa individu ketika mendapatkan tanda tangan Jessi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jessi juga telah keluar daripada agensi rakaman DOD Entertainment disebabkan impak negatif daripada dakwaan kes serangan tersebut.

Sumber: The Korea Times 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kehadiran anggotanya di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini adalah semata-mata bagi tujuan kawalan...

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd