Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Jentik Rasa Rindu, Filem Babah Bakal Temui Penonton Di Pawagam 5 Disember Ini

Diilhamkan dariapada kasih sayang seorang bapa kepada anak, syarikat Nads Media Entertainment telah berjaya menghasilkan sebuah filem penuh rasa berjudul Babah yang akan ditayangkan di pawagam bermula pada 5 Disember ini.

Babah mengisahkan pengorbanan seorang ayah, Isyak yang menjadi hero yang sentiasa melindungi dan menjaga anak perempuannya, Maya di setiap peringkat hidupnya.

Filem Babah

Filem ini turut memaparkan ujian yang terpaksa dihadapi oleh Isyak yang sentiasa berusaha selagi berdaya dan berharap untuk merasa sisa kebahagiaan bersama anaknya sehingga ke penghujung nyawa.

Penghasilan filem ini bermula selepas idea asal dan penerbit Nadia Nadzri menonton klip video tular tentang seorang ayah yang membuat persembahan di majlis perkahwinan anak perempuannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, filem ini turut digabungkan dengan klip video seorang gadis yang bertarung nyawa menghidap Sindrom Gulllain-Barre, sejenis penyakit auto imun yang boleh melumpuhkan sistem saraf bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.

Filem Babah

“Jadi, ia memberikan idea kepada kami untuk menghasilkan sebuah filem dengan gabungan video-video viral itu dan diolah menjadi sebuah jalan cerita yang menarik dan cukup dekat dengan kehidupan masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, penulis skrip, Wan Rafiq berkata filem ini cukup istimewa kerana ia sangat dekat dengan penonton yang akan menimbulkan rasa penuh emosi.

“Kita sudah banyak disajikan filem rasa sedih. Berlainan dengan Babah, naskhah ini ingin mengetengahkan rasa rindu. Rindu adalah perasaan yang lebih besar dan mendalam yang dialami oleh semua orang.
“Ia adalah emosi yang bercampur antara gembira, sedih dan sayu yang datang hanya dari momen sendiri. Dalam filem Babah, saya percaya penonton akan dapat mengimbau semula kenangan mereka,” katanya.

Pengarahnya, Mohd Shah Faizul Ibrahim pula menjelaskan dia tertaik untuk mengarahkan filem berkenaan setelah membaca skrip yang diberikan kepadanya.

Filem Babah

“Saya merasakan yang jalan ceritanya sangat dekat dengan diri saya. Lepas baca skrip, saya terus beri kata putus kepada penerbit yang saya ingin mengarahkan Babah.
“Penulis skrip juga adalah penerbit kepada filem ini dan saya merasakan penulisannya sangat peribadi dan itu membuatkan saya yakin ia adalah sebuah naskhah yang baik,” ujarnya.

Artikel lain: Cetus Ketakutan Sehingga Penonton Muntah, ‘Gala’ Temui Peminat Filem Seram Bermula Hari Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem penuh emosi ini bakal menampilan barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Qi Razali, Cristina Suzanne, Sweet Qismina dan Adam Lee.

Filem Babah

Filem ini bakal menampilkan kisah penuh suka dan duka antara Isyak dan Maya yang mana si ayah terpaksa menggalas semula tanggungjawab untuk menjaga puterinya selepas disahkan menghidap GBS.

Jangan lupa tonton filem menyentuh hati ini di pawagam seluruh negara bermula pada 5 Disember ini dan rasai roller coaster perasaan dan plot twist di akhir kisah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seramai 732 Ketua Isi Rumah (KIR) di Perak berjaya keluar daripada status miskin tegar setakat 31 Disember 2025, sekali gus mencapai sasaran sifar miskin...

Lokal

Pelaksanaan undang-undang syariah terhadap individu yang meninggalkan solat Jumaat di Kedah bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai usaha mendidik serta meningkatkan kesedaran umat Islam...

Sosial

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Nurul Hidarina meluahkan dakwaan berhubung gangguan berulang yang dialami keluarganya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Khamis, yang menurutnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd