Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jejaskan Industri, Van Pelancong Dari Thailand Tidak Boleh Masuk Malaysia

Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan bahawa kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang tidak membenarkan pengusaha van pelancong di Thailand membawa masuk kenderaan mereka bagi mengelakkan industri bas ekspres di negara ini terjejas.

Menerusi satu laporan Sinar Harian, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, terdapat di antara pengusaha van berkenaan yang mengambil peluang untuk membawa penumpang dalam negara selain membawa pelancong mereka jalan-jalan di sekitar bandar.

Foto: FB MOT

“Mereka akan singgah untuk mengambil penumpang di dalam negara dan pergi sehingga ke Kuala Lumpur atau mana-mana destinasi melalui Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Operasi Fasa 1 Projek Pembesaran dan Menaiktaraf LTSIP, di Kota Bharu, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan Datuk Dr Izani Husin pada Isnin lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB MOT

Bagaimanapun, Anthony juga berkata bahawa tiada masalah sekiranya bas dari Thailand mahu memasuki negara ini namun mestiklah melalui pakej yang disediakan dan perlu membuat permohonan untuk mendapatkan permit terlebih dahulu daripada Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD).

“Tiada had yang ditentukan untuk kemasukan bas tetapi syarikat bas terbabit perlu mengemukakan maklumat lengkap seperti pakej pelancongan bilangan penumpang dan lokasi penginapan,” ujar beliau.

Foto: travelbajet.com

Terdahulu, kerajaan Kelantan memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan bagi membincangkan isu sekatan kemasukan bas dari Thailand ke Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor kemudian berkata, Kementerian Pengangkutan telah memberikan lampu hijau yang membenarkan bas dari Thailand untuk masuk ke Kelantan bermula pada April selepas pertemuan dengan Menteri Pengangkutan dibuat Mac lalu.

Sumber: Sinar Harian (Aswany Omar)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd