Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jejak Tapak Kasut Jadi Petunjuk Baharu SAR Pendaki Wanita Hilang

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun dari gunung berkenaan.

Menurut laporan Utusan, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berdasarkan maklumat diterima, mangsa sepatutnya keluar melalui laluan Kuala Woh, namun dipercayai tersasar ke kawasan sekitar Gunung Rayu atau Pos Musoh.

Beliau berkata, pasukan penyelamat yang menjejaki laluan mangsa menemukan kesan tapak kasut dipercayai milik seorang pendaki di kawasan terbabit.

“Pasukan penyelamat yang menyusuri jejak mangsa menemukan kesan tapak kasut dipercayai milik seorang pendaki di kawasan berkenaan.
“Jejak kasut tersebut bukan berada di laluan utama pendakian dan dipercayai merupakan petunjuk bahawa mangsa telah tersasar daripada trek asal.
“Susulan itu, operasi pencarian kini difokuskan di kawasan tersebut memandangkan laluan berkenaan tidak digunakan oleh pendaki lain termasuk rakan-rakan mangsa,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, pada Isnin.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dihentikan sementara pada pukul 6 petang semalam disambung semula pada pukul 8 pagi ini bagi meneruskan usaha mengesan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, pesawat Agusta AW139 akan digunakan semula untuk membawa tambahan anggota penyelamat ke lokasi operasi.

“Seramai 12 hingga 16 anggota dijangka dihantar untuk membantu lapan anggota yang telah berada di kawasan gunung tersebut, dengan tumpuan pencarian akan difokuskan di sekitar Gunung Rayu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sabarodzi berkata, operasi SAR di Gunung Batu Putih berdepan cabaran besar memandangkan gunung tersebut merupakan antara laluan pendakian G8 yang terkenal dengan tahap kesukaran tinggi.

Menurutnya, keadaan trek yang curam selain cuaca hujan lebat dan licin di kawasan puncak menyukarkan pergerakan anggota penyelamat.

“Selain itu, antara halangan utama dihadapi pasukan penyelamat ialah masalah komunikasi yang menyukarkan penyampaian maklumat dan perkembangan terkini operasi.
“Malah, faktor awan tebal di kawasan puncak turut menyukarkan operasi pesawat untuk menghantar anggota penyelamat menjalankan pencarian di kawasan terbabit,” katanya.

Operasi SAR turut melibatkan JBPM, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Perak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malim Gunung Perhutanan (MGP) serta Jabatan Perhutanan Perak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, media melaporkan Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 pendaki lain dan dua malim gunung.

Sumber: Utusan (Asliza Musa)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama UDA Holdings Berhad terus memperkukuh kerjasama strategik menerusi pelaksanaan Program Sinar Kasih UDA Cares – PTPTN (SAKURA)...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd