Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jeddah Catat Bacaan Suhu 47 Celsius, Tertinggi Di Arab Saudi

Bandar Pelabuhan Jeddah di Arab Saudi merekodkan bacaan suhu paling panas setinggi 47 darjah Celsius pada Selasa lalu.

Jeddah catat bacaan suhu 47 celsius

Jeddah catat bacaan suhu 47 celsius

Foto: detikNews

Memetik laporan Saudi Gazette, Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan(NMC), Hussein Al Qahtani memaklumkan, Jeddah telah merekodkan suhu paling tinggi pada hari tersebut menandakan musim panas semakin hampir khususnya di barat Arab Saudi.

Menurut NMC, musim panas di Arab Saudi dijangkakan bermula secara rasmi pada 1 Jun ini dan tarikh tersebut menandakan permulaan peningkatan suhu di seluruh Arab Saudi.

Difahamkan, pusat meteorologi itu menggunakan teknologi paling maju dalam meramalkan keadaan cuaca pada tempoh masa akan datang.

Jeddah catat bacaan suhu 47 celsius

Artikel lain: 99 Jemaah Haji Terkena Jangkitan Pneumonia Di Mekah – Kementerian Kesihatan Indonesia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teknologi canggih tersebut termasuk penggunaan radar cuaca, imej satelit, balai cerap dan stesen automatik mudah alih yang beroperasi 24 jam bagi memastikan ramalan cuaca yang tepat.

Sumber: Saudi Gazette

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd