Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jauh2 Datang Dari India, Lelaki Kecewa Lamaran Ditolak Keluarga Kekasih

Seorang lelaki warganegara India yang sanggup menempuh perjalanan panjang hanya untuk bertemu kekasih hatinya terpaksa menerima ketentuan yang begitu menyakitkan dalam sebuah percintaan.

Dia yang masuk hingga ke ceruk kampung di Indonesia pulang hampa setelah keluarga wanita yang dikenali sebagai  Syarifa Khaerunnisa itu menolak mentah-mentah lamaran yang dibuat oleh Asib Ali Bhore.

Memetik laporan dari Liputan 6, pinangan warganegara India itu ditolak kerana keluarga wanita tersebut telah menjodohkan kekasihnya dengan lelaki lain yang merupakan warga tempatan.

Polis pun minta keterangan

Susulan daripada itu Asib Ali telah dibawa ke balai polis untuk memberikan keterangan tentang maksud kehadirannya ke kampung pedalaman sekitar Sulawesi Selatan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

AKBP Fatchur Rahman yang merupakan ketua polis di daerah tersebut mengiyakan kehadiran Ali dan mengatakan yang niat baik pemuda tersebut ditolak.

“Dia mau melamar pacarnya warga Majauleng namanya Syarifa Khaerunnisa,” terangnya. 
“Orangtuanya menolak dan tidak menyetujui rencana WNA India ini untuk menikahi anaknya, katanya anaknya ini telah dijodohkan dengan pria lain,” jelasnya.

 

Menangis luah kekecewaan

Berita tentang lelaki itu tular dan mendapat perhatian ramai kerana simpati melihat wajahnya yang jelas kecewa.

Dia yang turut membawa barang-barang seperti hantaran untuk meminang kekasihnya pulang hampa setelah menghabiskan ratusan juta rupiah sepanjang lebih setahun mengenali wanita itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@asibalibhore

दिल की मूर्ति के लिए संघर्ष करने के क्रम में उत्तर प्रदेश लखनऊ से इंडोनेशिया तक, अंत में निराशा के साथ घर लौट आया

♬ Zinda Rehke Kya Karoon OST RANGBAZZ – उठॊॉपू-लवडय

Dugaan dalam bercinta. Mungkin bukan jodoh dengan wanita tersebut. Semoga kuat dan tabah menerima dugaan ini.

Sumber: Liputan 6 ,Facebook Putra Derita, TikTok asibalibhore

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Filem

Pengarah filem Menjelang Ajal, Hadrah Daeng Ratu memberitahu filem yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 15 Mei ini adalah diilhamkan daripada kisah benar yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd