Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Abang Cam Tatu Mangsa Hanyut, Dedah Jasad Mendiang Dalam Keadaan Elok

Suasana hiba menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Shah Alam apabila keluarga mendiang K Suresh, 37, akhirnya mengesahkan jasad lelaki itu selepas ditemui lemas susulan kejadian kepala air di Sungai Klang, Isnin lalu.

Abang mendiang lakukan pengecaman mayat

Memetik laporan daripada Harian Metro, abang mendiang menyatakan pengecaman dilakukan sejurus mereka dibawa polis ke lokasi penemuan.

“Adik saya masih dalam keadaan baik, kami mengecam tatu dia,” katanya yang enggan dikenali ketika berkongsi detik sulit itu.

mendiang

Tatu dan muka sama, mayat dalam keadaan elok

Menurutnya, ahli keluarga yang hadir melihat sendiri keadaan mendiang sebelum mengesahkan identiti berdasarkan wajah dan tatu yang masih jelas.

“Mereka bawa kami terus ke lokasi mayat adik ditemukan, bila tengok mayat, memang sah adik saya, mukanya, tatu, semuanya sama dan mayat dia masih elok,” tambahnya lagi.

Seorang yang baik

Bercerita mengenai peribadi Suresh, abangnya menyifatkan mendiang seorang yang disenangi ramai, seorang pekerja rajin, berani dan mudah mesra tanpa mengira latar belakang sesiapa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih memilukan, hari kejadian berlaku hanya sehari selepas mereka bertemu.

“Dia tak memilih dalam berkawan… selain itu dia juga baik dengan rakan serta anak buahnya ketika bekerja,”
Hari Ahad itu macam biasa… tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan mendiang. Bila dapat panggilan kata adik hilang serta dipercayai lemas, kami memang terkejut,” ujarnya yang masih belum dapat menerima kejadian berlaku begitu pantas.

Polis beri sokongan moral

Dalam masa sama, keluarga turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Polis banyak beri sokongan moral… saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terbabit, pihak bomba dan pelbagai agensi yang membantu,” katanya.

Artikel lain: Polis Kesan Telefon Bimbit Mangsa Hanyut Kepala Air Aktif Antara Puchong Atau Shah Alam

Suresh, yang ketika itu sedang melakukan kerja penambahbaikan sungai bersama 12 lagi rakan setugas, dilaporkan dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma. Lebih 200 anggota SAR digerakkan sebelum mayatnya ditemukan di Sungai Kandis, Shah Alam pada jam 10.30 pagi, seperti disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd