Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Jangan Pandang Belakang 2 Temui Penonton Di Pawagam Bermula Hari Ini

Filem yang ditunggu-tunggu ramai, filem sequel Jangan Pandang Belakang 2 akhirnya menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia!

Baru-baru ini, Majlis Malam Gala filem Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usulmu disambut meriah baru-baru ini dengan kehadiran rakan media, bloger, influencer dan para tetamu jemputan.

Jangan Pandang Belakang 2 mula ditayangkan bermula 21 November

Majlis yang diadakan secara besar-besaran ini merupakan satu signifikan Comeback MIG selepas tujuh tahun menyepi dalam meneribitkan filem terakhir, Kolestrol VS Cinta.

Jangan Pandang Belakang… Aku Tahu Asal Usulmu diberi nafas dengan mempertaruhkan pengarah yang pernah digelar sebagai King of Horror, Pierre Andre.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Pengarah MIG, David Teo berkata beliau telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum kembali aktif dan menemui kecemerlangan seperti dahulu.

Setelah melakukan penelitian yang mendalam, akhirnya David Teo selaku penerbit mendapat keyakinan untuk kembali melalui filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu sebagai simbolik kembalinga MIG ke industri perfileman Malaysia.

Sebagai makluman, filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu bakal ditayangkan di 14 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Cambodia, Philippine, Myanmar, Vietnam, Laos, Rusia, New Zealand, Turkey, Australia.

Tayangan di 14 buah negara ini sekaligus merupakan suatu rekod baharu yang dianggap baik dan menakjubkan bagi industri perfileman Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu ini dibarisi oleh Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Hafidzuddin Fazil, Cat Farish, Kel Narina dan ramai lagi.

Filem ini merupakan kisah kesinambungan saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi, namun ada sesuatu yang menghalang dan membawa pelbagai kejadian menyeramkan.

Dalam perkembangan lain, MIG juga telah siap penggambaran dan menunggu tarikh tayangan bagi Dua filem lain iaitu, Dajal “Satu Malam di peDajal” dan CITRA APARTMENT yang dijangka akan menemui penonton pada awal tahun 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd