Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Roboh Kuil Rawang: Peguam Yayasan Kubra Nafi Mahkamah Arah Henti Kerja Sementara

Peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md Yusoff menafikan dakwaan bahawa Mahkamah Majistret Selayang mengarahkan kerja-kerja merobohkan Kuil Sri Uchimalai Muniswaran dihentikan sementara sehingga isu tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam seperti dilaporkan beberapa media.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau memaklumkan, berdasarkan prosiding yang berlangsung pada Jumaat, mahkamah hanya berpuas hati bahawa terdapat aduan berkaitan pertikaian harta tak alih di Rawang serta kewujudan sebuah kuil di lokasi berkenaan sejak 1995, manakala pemilik berdaftar memperoleh tanah itu sekitar tahun 2021.

Beliau berkata, mahkamah juga berpandangan pertikaian berkenaan berpotensi menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat setempat sekiranya tidak ditangani dengan baik.

“Maka di sini, mahkamah memerintahkan pihak-pihak terlibat pertikaian ini hendaklah hadir ke mahkamah untuk satu pendengaran di bawah Seksyen 99(4) Kanun Tatacara Jenayah
“Pihak-pihak hendaklah memfailkan dan menyerahkan kenyataan bertulis berkenaan pemilikan actual possession berkaitan tanah tersebut. (Pendengaran) akan dijalankan terhad kepada isu berkaitan actual possession iaitu milik sebenar sahaja. Mahkamah tidak akan menyentuh isu hak milik atau hak undang-undang berkenaan tanah tersebut,” katanya.

Muhammad Hariz turut meluahkan rasa hairan dengan laporan media yang mendakwa mahkamah mengarahkan kerja-kerja merobohkan kuil berkenaan dihentikan sementara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apatah lagi terma perintah ‘memerintahkan kerja-kerja merobohkan Kuil Sri Uchimalai Munisawaran di Taman Rawang Perdana dihentikan sementara sehingga isu itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.’
“Kenyataan di atas berkenaan kandungan terma perintah bersifat arahan halangan ini sama sekali mengelirukan kerana tiada sebarang perkataan atau perintah mahkamah tersebut dilafazkan oleh Majistret Selayang,” katanya.

Sebelum ini, peguam yang mewakili pihak pengurusan kuil berkenaan, Rajesh Nagarajan dilaporkan menyatakan mahkamah telah mengeluarkan arahan sedemikian.

Sumber: Facebook Muhammad Hariz

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd