Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Isteri Pernah Doakan Agar Filem Shah Rukh Khan Gagal

Isteri kepada pelakon Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan iaitu, Gauri Khan pernah berharap agar filem suaminya gagal.

Pernah doakan filem suami gagal

Memetik laporan dari media tempatan, Gauri Khan mengatakan yang dia berharap dapat kembali ke kampung halamannya di New Delhi dan membawa lelaki yang amat dicintai ketika temu bual bersama NDTV Good Times suatu ketika dahulu.

Perkahwinan di usia muda dengan seseorang yang digelar Raja Bollywood dan perlu berpindah ke Mumbai merupakan satu cabaran buatnya.

“Sebenarnya saya tak gembira apabila Shah Rukh nekad mencuba nasib dalam arena lakonan di lokasi tumpuan ramai bintang lain.
“Dia pergi dulu dan saya menyusul kemudian. Namun, dalam hati saya berdoa meminta dia gagal kerana dengan cara itu kami dapat kembali ke New Delhi.
“Saya tidak menyangka ramai mengenalinya selain terkejut melihat senario industri perfileman Bollywood. Semuanya sukar,” katanya.

Isteri Shah Rukh Khan tidak sedar bila suami jadi ‘bintang’

Ujarnya lagi memetik daripada media Masala, dia yang berkahwin pada usia 21 tahun merasakan peringkat awal pernikahan mereka cukup sukar dan huru hara memandangkan masing-masing mencari persefahaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, di saat beberapa kejayaan dalam filem dikecapi oleh suaminya, dia tidak sedar bahawa SRK sudah pun menjadi bintang besar.

Walaupun ragu-ragu pada awalnya, tetapi Gauri sedar dengan impian yang ingin digapai suami, dimana hero hebat Bollywood itu sentiasa mahu menjadi yang terbaik.

“Dari zaman kanak-kanaknya, di sekolah, di kolej, dia sentiasa berada di atas, sama ada bola sepaknya, hoki, apa sahaja yang dia sentuh, teaternya, apa sahaja.” ujarnya.

Isteri Shah Rukh Khan berseloroh kata berjaya pilih suami

Susulan daripada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata berkenaan sempat berseloroh mengatakan bahawa kebijaksaannya adalah ketika berjaya memilih lelaki yang tepat untuk dijadikan suami.

“Bagi saya, apa sahaja yang dia akan sentuh adalah emas. Saya rasa itulah kebijaksanaan saya bahawa saya memilih lelaki yang betul. Saya bertuah mempunyai dia,” tambahnya sambil ketawa.

Difahamkan, Shah Rukh Khan, sedang bersiap untuk filem ketiganya, Dunki pada tahun ini selepaskejayaan Pathaan dan Jawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Masala!

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd