Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Kenang Pemergian Suami, Dirempuh Ketika Berehat Tepi Jalan

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.”

Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya Hapipie Yusof, 42, yang maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Sulizah menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah arwah, selain menyifatkan segala urusan dipermudahkan dari awal hingga akhir.

Dia memaklumkan, bermula daripada saat suaminya dibawa ke hospital, menunggu proses bedah siasat, dimandikan, disolatkan, dibawa pulang ke rumah, sehinggalah urusan laporan polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), semuanya berjalan lancar dengan bantuan orang ramai.

“Setiap titik peluh dan sumbangan, sama ada barang atau wang ringgit, hanya Allah mampu balas. Saya tidak mampu membalas semuanya,” tulisnya dalam beberapa siri hantaran di platform tersebut.

Dalam masa sama, Sulizah turut memohon maaf sekiranya arwah pernah mengguris hati mana-mana pihak dan meminta agar segala kesilapan dihalalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga meminta mana-mana individu yang mempunyai tuntutan atau hutang berkaitan arwah supaya tampil memaklumkan kepadanya.

“Kalau arwah ada hutang apa-apa yang mahu dituntut, beritahu saya. Jika arwah pernah menyakiti hati sesiapa, saya wakil arwah mohon maaf dan tolong ampunkan dia,” tulisnya lagi sambil mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Luahan itu turut menggambarkan betapa remuk hatinya menerima kenyataan kehilangan suami tercinta, apatah lagi melihat kad pengenalan arwah dipotong sebagai tanda rasmi pemergian.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang di Jalan Lahad Datu Bypass, Flyover Batu 6, mangsa yang juga Pembantu Pembedahan Pergigian di sebuah klinik di Lahad Datu dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Nissan Navara yang dipandu lelaki berusia 34 tahun bersama tiga penumpang itu dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah motosikal jenis Honda berada di bahu jalan sebelah kiri dan mangsa dipercayai sedang berehat di atas motosikal tersebut.
“Kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu serta tiga penumpang kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Jafri Junat di talian 089-881255 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi membantu siasatan.

Sumber: Facebook Sulizah John, Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd