Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Iran Buka Laluan, Kapal Malaysia Pertama Lepasi Selat Hormuz

Sebuah kapal Malaysia dilaporkan berjaya melepasi Selat Hormuz, menurut kenyataan Kedutaan Iran sekali gus memberi kelegaan dalam situasi tegang di laluan penting itu.

Iran tak akan lupakan rakan-rakan

Menerusi hantaran di platform X, kedutaan berkenaan memaklumkan perkembangan tersebut namun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai kapal terbabit.

“Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya. Kapal Malaysia pertama yang telah melalui Selat Hormuz,” tulisnya.

Memetik laporan daripada Bernama, sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa perbincangan beliau bersama Presiden Iran, Masoud Pezeshkian membolehkan Malaysia memperoleh pelepasan bagi tujuh kapal yang terkandas untuk meneruskan perjalanan.

“Saya maklumkan kepada Presiden Iran bahawa kapal kami masih terkandas di Selat Hormuz dan ini penting untuk keperluan rakyat dan bekalan minyak negara.
“Sejurus selepas panggilan itu, beliau mengarahkan kapal Malaysia diberi laluan,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Johor.

Perkembangan ini dilihat sebagai langkah positif dalam memastikan kelancaran penghantaran bekalan penting negara, khususnya melibatkan laluan strategik antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama, X Iran Embassy In Malaysia

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd