Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ipoh Bakal Ada Platform Penstriman Sendiri, Dikenali Sebagai ‘Ipohflix’?

Bandaraya Ipoh, Perak dilaporkan akan mempunyai platform penstriman sendiri seakan Disney+ dan Netflix sekali gus menjadikan ia sebagai bandaraya pertama di Malaysia yang mempunyai platform tersebut.

Foto: DagangNews

Menerusi satu laporan Amanz, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, platform penstriman digital tersebut akan dibangunkan melalui kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh dengan pelakon serta penerbit terkemuka Afdlin Shauki.

“Tujuan platform dibangunkan ialah untuk melonjakkan industri kreatif di Ipoh sebagai sumber pendapatan ekonomi baharu.
“Ini juga adalah usaha MBI untuk menjadikan Ipoh pusat perfileman negara seperti Bollywood kepada India,” katanya.

Foto: Majlis Bandaraya Ipoh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga memaklumkan bahawa konsep dan cadangan projek tersebut akan mula dilakukan pada tahun 2025 dan nama bagi projek berkenaan masih belum diberitahu.

Sementara itu, Bandaraya Ipoh merupakan antara bandaraya yang selalu digunakan sebagai latar belakang bagi sesebuah filem di Malaysia seperti filem Sepet yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad pada tahun 2005.

Foto: thecrazytourist.com

Untuk makluman, Bandaraya Ipoh, Perak terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur dan selatan Pulau Pinang, terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh dan merupakan bandaraya ketiga terbesar di bahagian tengah Malaysia selepas Bandaraya Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adakah platform penstriman pertama di Malaysia itu akan dikenali sebagai ‘Ipohflix’ yang bersesuaian dengan nama bandaraya terkenal tersebut? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Amanz

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd