Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Insiden Putra Heights: Petronas Gas Dijangka Berdepan Impak Kewangan RM60 Juta

Petronas Gas alami impak kewangan

Petronas Gas Bhd dijangka mengalami impak kewangan sebanyak RM60 juta bagi tahun kewangan 2025, berikutan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Petronas Gas alami impak kewangan

Petronas Gas alami impak kewangan

Foto: The Kapital

Memetik laporan Berita Harian, penganalisis CIMB Securities, Foong Choong Chen memberitahu Petronas Gas menganggarkan kos pembaikan dan pemulihan aset berjumlah RM170 juta pada akhir Mei 2025.

Sebahagian besar jumlah itu diperuntukkan sebagai perbelanjaan modal, dan sebahagiannya dijangka diperoleh semula melalui tuntutan insurans sekitar RM50 juta.

Manakala kerugian pendapatan akibat perkhidmatan pula diunjurkan minimum, sebanyak RM20 juta mengikut hasil kerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia, pengangkut gas dan pengedar yang membolehkan pemulihan segera dan penstabilan bekalan.

“Secara keseluruhan, Petronas Gas menganggarkan kesan pendapatan berjumlah RM60 juta bagi tahun kewangan 2025, yang sebahagian besarnya akan diiktiraf dalam keputusan suku kedua dan ketiga 2025.
“Anggaran Petronas Gas ini tidak mengambil kira kemungkinan penalti kawal selia daripada Suruhanjaya Tenaga atau liabiliti kepada pihak ketiga.
“Walaupun risiko ini masih belum dapat diketepikan sepenuhnya, kemungkinannya mungkin lebih rendah memandangkan siasatan telah mengaitkan insiden tersebut terutamanya kepada keadaan tanah yang tidak stabil,” kata Choong Chen dalam satu nota penyelidikan, baru-baru ini.
Petronas Gas alami impak kewangan

Foto: Utusan Borneo

Choong Chen turut menegaskan punca sebenar insiden kebakaran itu berlaku disebabkan oleh kegagalan saluran paip yang tidak stabil.

Dalam pada itu, menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyimpulkan bahawa keadaan tanah yang tidak stabil menyebabkan kegagalan fizikal pada paip tersebut dan mengakibatkan kebocoran gas sekali gus mencetuskan insiden kebakaran di Putra Heights pada 1 April 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JKKP turut memberitahu bahawa saluran paip tersebut telah mengikuti segala spesifikasi teknikal dan kebakaran itu bukan berpunca daripada kerja-kerja di permukaan tanah.

Artikel lain: Tiada Unsur Jenayah, Polis Klarifikasi Insiden Putra Heights Sebagai NFA

Untuk rekod, pihak polis juga mengesahkan tiada unsur jenayah dapat dikaitkan berhubung insiden itu dan disokong pula dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menerangkan bahawa pasukan teknikal mendapati saluran paip itu terkesan ekoran mendapan tanah sebanyak 24.3 sentimeter (cm) sepanjang tempoh 25 tahun lalu, membawa kepada peralihan saluran paip sejauh 15.9 cm.

Sumber: Berita Harian (Alzahrin Alias)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd