Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Pernah Merasa ‘Double Line’, Influencer Sebak Disahkan Hamil Setelah 6 Tahun TTC

Influencer dikenali sebagai Beby Tora sebak apabila disahkan hamil setelah enam tahun Trying To Conceive (TTC) atau cuba untuk mengandung.

Disahkan hamil selepas 6 tahun TTC

Menerusi hantaran yang dikongsikan Beby Tora atau nama sebenarnya, Nor Atierah Zulfatie di Instagram, dia telah menzahirkan rasa syukur kerana buat pertama kalinya alat pengesan kehamilan menunjukkan tanda garis dua.

“Terima kasih Ya Allah atas pinjaman mu ini. Penantian dekat 6 tahun.
“Selama ni tak pernah merasa double line sampai hati ni dah reda. Setelah setahun ikhtiar untuk diet dan akhirnya Allah makbulkan rezeki tak disangka-sangka,” ujarnya.

Beby Tora disahkan hamil, anggap hadiah terbaik

Ujar influencer berkenaan, kehamilan ini merupakan satu hadiah yang tidak diduga selepas melalui pelbagai usaha termasuk menurunkan berat badan supaya mampun memiliki zuriat.

Ia pastinya suatu perkara yang sangat berharga memandangkan dia dan suami sudah lama menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Rezeki tak disangka-sangka .Hadiah paling bermakna pada tahun ni,” tulisnya lagi.

disahkan hamil

Doakan orang yang menanti juga segera diberi zuriat

Dalam pada itu, Baby Tora turut mendoakan semua pasangan yang sedang menantikan cahaya mata untuk segera mendapat khabar gembira sama seperti dirinya.

Dia juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan agar proses kehamilannya berjalan dengan lancar dan diberi kemudahan sehingga bersalin kelak.

“Tira doakan semoga semua pejuang TTC berjaya hamil tahun ni, amin .Doakan Tira dan bayi Tira sihat tau dan dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah Tira dah 5 bulan dan dah masuk dua trimester,” katanya.

Tahniah Tira disahkan hamil!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah atas kehamilan tersebut dan mengucapkan syukur diatas berita gembira yang dimaklumkan oleh pasangan tersebut.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alhamdulillah! usaha turunkan berat badan & jaga makan berhasil

Tumpang gembira dengan berita baik ni

 

 

Artikel lain: Sarat Hamil, Wanita Turun Motosikal Bersalin Tepi Jalan.. Ramai Bantu Tak Kira Bangsa!

Semoga urusan Tira dan pasangan dipermudahkan sehingga mereka menimang cahaya mata pertama.

Sumber: Instagram bebytoratora

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd