Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Imej Bermisai & Rambut Panjang, Hyun Bin Tampil Berbeza Selepas Bergelar Bapa

Selepas sebulan menimang cahaya mata pertama, pelakon popular Hyun Bin membuat kemunculan pertama di khalayak umum dengan imej berbeza berbanding sebelum ini.

Menerusi satu posting di laman Instagram VAST Entertainment, pelakon berusia 40 tahun itu tampil bermisai dan berjanggut sewaktu menghadiri sebuah sidang media di Korea Selatan baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by VAST엔터테인먼트 (@vast.ent)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, bintang drama fenomena Crash Landing On You itu turut mencuri tumpuan orang ramai dengan gaya rambut yang semakin panjang sehingga mencecah paras bahu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja sekali gus memuji ketampanan Hyun Bin yang lebih menyerlah dan sesuai dengan gaya bergelar seorang bapa.

Penampilan sebelum ini

Bagaimanapun, ada juga segelintir individu menyatakan dia kelihatan agak letih sekali gus beranggapan bahawa pelakon itu berkemungkinan sibuk menguruskan anak lelakinya sehingga tiada masa untuk mencukur wajahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Hyun Bin berkahwin dengan aktres Son Ye Jin pada 31 Mac 2022 secara tertutup disebabkan pandemik Covid-19 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada bulan lalu.

Sumber: Instagram VAST Entertainment

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd