Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Iklan Rasis Cetus Perdebatan, Big Pharmacy Mohon Maaf

Syarikat Big Pharmacy tampil memohon maaf secara terbuka selepas tular sebuah video pengiklanan mereka, baru-baru ini yang mencetuskan perdebatan. Ia berikutan penerbitan video komersial yang dianggap rasis dan menghina masyarakat beragama Hindu.

Dalam video tersebut, jelas memaparkan watak seorang jurujual yang memakai pakaian kaum India menggunakan ‘bindi’ di dahinya untuk mengimbang barang-barang yang dibeli pelanggan.

Big Pharmacy mohon maaf

Berikutan itu, Big Pharmacy memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan yang telah mereka lakukan.

“Kami ingin memohon maaf atas video promosi yang tidak sensitif baru-baru ini di media sosial.
“Kami mengakui sifat menyakitkan dan menyinggung perasaan dalam kandungan ini dan menuntut tanggungjawab penuh atas kekurangan usaha wajar kami.
“Kandungan yang dipersoalkan bertentangan dengan nilai kepelbagaian dan keterangkuman dan kami telah pun mengambil langkah segera untuk menangani isu ini secara dalaman bagi memastikan situasi sedemikian tidak berulang,” katanya dalam kenyataan.

Big Pharmacy mohon maaf

Syarikat berkenaan turut memberi jaminan akan melakukan yang lebih baik untuk memastikan kandungan yang dihormati, sensitif dan mewakili budaya dalam komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X @tgwtst

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd