Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ibu Kristian Terkejut Anak Lelaki Suka Dengar Alunan Azan, Menangis Kalau Tutup!

Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang ibu yang menganut agama Kristian terkejut anak lelakinya gemar untuk mendengar alunan azan ketika dibuka dalam telefon bimbit.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh mamiyzio di laman TikToknya, anak lelakinya akan menangis setiap kali laungan azan ditutup dalam telefon yang didengarinya.

@mamiyzio

Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya🥹😀 #masyaallahtabarakkallah

♬ suara asli – Mamidanzio – Mamidanzio

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video itu, dia bertanya kepada anaknya mengapa gemar mendengar laungan azan sedangkan mereka bukan beragama Islam.

“Kenapa adik suka mendengar Allahuakbar? Suka dengar azan?
“Kita Kristian dik, adakah aku perlu sedih atau bangga?,” katanya menerusi kapsyen yang ditulis di video berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut telah berjaya meraih lebih 24.8 juta tontonan dan mendapat lebih 1.2 juta tanda suka daripada netizn selepas enam hari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

Alhamdulilah, hidayah milik Allah

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap tindakan kanak-kanak baik tersebut.

Semoga menjadi asbab untuk masuk Islam

Bukan itu sahaja, ramai yang memberikan kata-kata baik serta mendoakan untuk keluarga tersebut agar terbuka hati untuk memeluk agama yang sebenarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @mamiyzio

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Risiko pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak Sabtu lalu dipercayai rendah untuk berdepan insiden diserang haiwan buas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd