Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Bapa Maut Akibat Kemalangan, Empat Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Empat beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, Marang sekitar jam 8 pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Arshad Mamat, 50, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Merchang, manakala isteri Rozita Mamat, 41, pula menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

Anak-anak mereka iaitu Nur Ain Fitriyah, 17, Muhammad Adami Najmudden, 13, Muhammad Adzli Abid Muayyad, 7, dan seorang lagi dikenali sebagai Shahril mengalami parah dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata kejadian berlaku sewaktu keluarga berkenaan yang menaiki Perodua Axia dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Dungun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suami isteri tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang

“Kemalangan berlaku apabila Proton Satria Neo yang dipandu lelaki berusia 20 tahun dari Paka, dipercayai terbabas selepas memasuki lopak air.
“Kenderaan terbabit yang hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar Perodua Axia dinaiki enam beranak terbabit,” katanya.

Mohd Zain berkata, dua lagi kenderaan di belakang Perodua Axia turut mengalami kerosakan dan mangsa lain belum dikenal pasti status kecederaan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Merchang.

Sementara itu, beberapa warganet Facebook termasuk sepupu kepada Allahyarham Rozita Mamat iaitu Syanursi Ahmad memohon orang ramai menitipkan al-Fatihah atas pemergian wanita tersebut.

Mohon sedekahkan al-Fatihah

Semoga anak-anak diberi kekuatan

https://www.facebook.com/shilaazira.suhaimie/posts/pfbid0qeXgmPAUC16qVEKwinZ5S9Z8qGJDDw383CthuN1ohpzdc3CAxBYuUfvsEeMriFEcl

Sumber: BH Online (Zaid Salim) , Facebook Info Semasa Pahang, Syanursi Ahmad & Shila Azira Suhaimie

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd