Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hospital Medan Susulan Gempa Bumi, Pasukan ATM Digerak Ke Turkiye Awal Pagi Esok

Sepasukan Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerak ke Turkiye awal pagi esok untuk mewujudkan hospital medan susulan gempa bumi yang melanda negara itu tiga hari lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata seramai 106 anggota tentera termasuk 41 doktor akan digerak ke negara itu selain kelengkapan termasuk tiga dewan mudah alih yang digunakan untuk kecemasan dan satu dewan bedah mudah alih.

“ATM telah mendapat permohonan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai perkara berkenaan. Setelah berunding dengan Kedutaan Turkiye di Kuala Lumpur, kita mengambil keputusan untuk mengerakkan pasukan berkenaan.
“Hospital medan berkenaan akan beroperasi selama enam minggu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Lok Kawi (Markas 5 Briged) di sini hari ini.

Mohamad berkata peralatan hospital itu akan dihantar secara berperingkat dan hospital berkenaan adalah sama seperti fasiliti hospital medan yang pernah diwujudkan ATM ketika berdepan pandemik COVID-19 sebelum ini.

Beliau berkata ketika ini, pihaknya masih belum mengetahui lokasi hospital medan itu kerana bencana tersebut melibatkan kawasan yang luas dan menyerahkan kepada kerajaan Turkiye untuk menentukan kawasan sesuai bagi mendirikan hospital medan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa yang penting kita mahu semua pasukan yang dihantar ke sana dapat menyelesaikan misi dengan selamat. Kita tahu bahawa akan ada gegaran susulan oleh itu, mereka kena berhati-hati,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd