Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Hong Leong Islamic & Andalusia Jalin Kerjasama, Sedia Pembiayaan Patuh Syariah Bagi Umrah

Hong Leong Islamic Bank (HLISB) jalin kerjasama strategik bersama Andalusia Travel & Tours dalam usaha menyediakan kemudahan pembiayaan menunaikan umrah.

Melalui kerjasama ini, para pelanggan Andalusia boleh melakukan pembiayaan mudah, digital dan patuh syariah bersama HLISB.

Kolaborasi ini juga membolehkan HLISB melengkapkan pakej umrah Andalusia dengan rangkaian produk perbankan Islam yang komprehensif dan sejajar dengan komitmennya menegakkan nilai Islam.

Selain itu, kolaborasi ini juga akan membantu para pelanggan Andalusia untuk menunaikan ibadah umrah dengan mudah dan mampu milik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, ia turut membolehkan pelanggan membuat perancangan umrah terutama dari segi pembiayaan yang mengikut prinsip syariah.

Pelanggan dapat membiayai perjalanan mereka mengikut prinsip syariah dengan menggunakan penawaran kewangan HLISB khususnya produk Pembiayaan Peribadi-i sehingga RM150,000 dan Akaun Pay & Save-i.

Hong Leong Islamic & Andalusia jalin kerjasama

Ketua Pegawai Ekskutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi berkata kerjasama ini merupakan bukti bahawa HLISB mengutamakan pelanggan, terutamanya kepada pelanggan yang beragama Islam.

Artikel lain: KPDN Pantau Aktiviti Scam Jual Beli Minyak Masak Di Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam mengembangkan keupayaan syariah, kami ingin menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif yang memastikan pelanggan Islam kami tenang ketika menunaikan kewajipan mereka.
“Oleh itu, HLISB akan menawarkan Akaun Pay & Save-i dan Pembiayaan Peribadi-i kepada pelanggan yang ingin menunaikan ibadah umrah,” katanya.

Dafinah berkata demikian pada idang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara HLISB dan Andalusia di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, rebat untung ‘Bayar Tepat Masa’ sebanyak 60 peratus dan pin tambah nilai e-dompet Touch n Go RM50 juga bakal diberikan dengan setiap permohonan berjaya bagi Pembiayaan Peribadi-i.

“Akaun Pay & Save-i juga menyediakan keuntungan sehingga 4.15 peratus setahun di atas baki akaun,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi HLISB, Datuk Seri Dr Md Hamzah Md Kassim, Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris dan Pengerusi Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah.

Sementara itu, Ida Riswana berkata kerjasama tersebut akan memberikan manfaat kepada semua pihak dengan memanfaatkan pangkalan pelanggannya yang besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kerjasama bersama HLISB akan memastikan pelanggan kami mendapat akses pembiayaan ibadah umrah yang patuh syariah, digital dan berpatutan dengan rangkaian dan perkhidmatan kewangan holistik.
“Kami percaya ia akan memberi banya peluang kepada masyarkat Islam untuk menguruskan kewangan dengan berkesan sambil menunaikan kewajipan agama,” katanya.
+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd