Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hidap Barah Limfoma Tahap 4, ‘Blake’ Hero Tragedi Batang Kali Sudah Tiada

Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake yang pernah diangkat menjadi ‘hero’ tragedi Batang Kali dimaklumkan telah tiada.

Blake ‘hero’ tragedi Batang Kali

Menerusi posting yang dibuat Facebook Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Blake telah ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang semalam (18 September 2023) selepas disahkan menghidap barah limfoma tahap empat.

Difahamkan, anjing Pengesan dari disiplin Cadaver telah didiagnosis menghidap barah limfoma pada 15 Ogos lalu apabila didapati mengalami kelesuan serta hilang selera makan.

“Blake dimasukkan sekali lagi ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, University Putra Malaysia (UPM) pada 14 September lalu apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan.
“Selain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi,” menerusi kenyataan dari KPKT.

Barah merebak agresif, merebak seluruh badan

Sepanjang berada di wad, Blake  juga gagal memberi respons kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh pihak veterinar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malahan katanya, barah limfoma yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan membesar.

Hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr. Nur Alimah Rahman, pihak jabatan bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak.

“Selain itu, ia tiada harapan dipulihkan serta bagi mengelakkan anjing ini menderita daripada kesakitan dan mengambil kira kebajikannya,” jelas kenyataan tersebut.

hero tragedi batang kali

Blake merupakan anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017.

Untuk rekod, Blake telah banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang.

Selamat jalan Blake.

Sumber: Facebook KPKT

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd