Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hatyai bukan saingan Langkawi, pulau lagenda masih dihujani pelancong

Tular di media sosial berkenaan Pulau Langkawi yang bakal menjadi ‘pulau hantu’ akibat tiada sambutan pelancong dari dalam dan luar negara.

Namun, situasi sebenar tidak seperti yang diwar-warkan pihak media lain, malah, Langkawi terus menerus menerima kunjungan pelancong sehingga ke hari ini.

Naik turun kunjungan pelancong adalah perkara biasa…

Menurut Pengurus Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr Azmil Munif Mohd Bukhari, situasi kekurangan kunjungan ke destinasi pelancongan adalah suatu perkara biasa di mana-mana destinasi pelancongan di dunia.

Langkawi masih di fasa pemulihan…

Beliau akui, Langkawi masih berada dalam ‘tahun pemulihan’ selepas selesai wabak Covid pada tahun 2021. Pasang surutnya kehadiran pelancong ke pulau ini juga bergantung kepada banyak faktor.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya setuju, ada juga musim-musimnya pelancongnya kurang tetapi bukan tiada langsung,” ujar Dr Azmil.

Selain itu, Dr Azmil berkata, pelancong perlu bijak dalam memilih restoran atau hotel untuk menginap mengikut keperluan dan bajet masing-masing.

“Langkawi tetap menjadi pilihan pelancong domestik kerana kemudahsampaian yang cekap, dari segi laluan udara dan laluan laut,
Dan kita juga ada mengeluarkan pelbagai senarai restoran yang local pergi, yang orang Langkawi pergi. Saya tidak pernah mendengar penduduk Langkawi bersuara yang Langkawi mahal,” katanya.

Hatyai bukan saingan Langkawi

Sementara itu, Dr Azmil juga mengutarakan pendapatnya bahawa Hatyai bukan destinasi saingan buat Langkawi kerana penawaran pelancongan di Hatyai adalah berbeza berbanding Langkawi.

View this post on Instagram

A post shared by OH MY MEDIA (@ohmymedia.cc)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

“Langkawi mempunyai khazanah alam yang tidak terdapat di mana-mana tempat di dunia ini. Sebab itulha, Langkawi mendapat tittle ‘UNESCO Global Geoparks’,
Bukan mudah nak mendapat pengiktirafan ini, kerana keindahan alam semulajadi di Langkawi yang tiada tandingannya.”

Eagle Nest terpanjang dunia!

Bermula Disember ini, Langkawi mempunyai satu tarikan pelancongan terbaru, yang mana Eagle Nest Skywalk terpanjang di dunia akan dibuka di puncak Gunung Machinchang.

Dengan berketinggian 645 meter tinggi dari aras laut, pelancong akan berpeluang melihat pemandangan pulau-pulau lain yang terdapat di langkawi serta melihat kebawah tanpa halangan disebabkan lantainya yang diperbuat daripada kaca.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi memperingati zaman melayu klasik, Rumah Jebat menjadi lokasi strategik buat pelancong merasai suasana kampung.

Sambutan Hari Mahsuri, memperingati kisah lagenda Langkawi…

Tahun ini merupakan tahun ke-3 Langkawi meraikan Sambutan Hari Mahsuri yang sinonimnya dengan kisah-kisah lagenda pulau Langkawi.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab, LADA rancak merancang strategi bagi meningkatkan lagi industri pelancongan di Langkawi supaya mencapai statistik kemasukan pelancong seperti tahun 2019 yang hampir mencecah jumlah 4 juta pelancong dalam tahun berkenaan.

Buat yang sedang merancang percutian bersama keluarga, Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang tepat buat anda, bukan sahaja mampu mencipta kenangan indah bersama tersayang, malah, merangsang ekonomi pelancongan di pulau lagenda ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

+ posts

Bismillah, may Allah ease everything

Avatar
Written By Yana Lim

Bismillah, may Allah ease everything

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd