Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

HASiL Komited Perangi Rasuah, Elak Salah Laku Dan Penyalahgunaan Kuasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus beriltizam dalam memerangi rasuah dan berkomited memperkasakan integriti sebagai usaha untuk mendukung aspirasi kerajaan bagi memerangi rasuah.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata, HASiL adalah agensi badan berkanun pertama yang telah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada tahun 2017 dan menandatangani IBR melibatkan Anggota Lembaga.

“Saya berharap rangkaian kerjasama SPRM dan HASiL terus diperkasa dalam meningkatkan kutipan hasil seterusnya memacu pembangunan ekonomi menerusi pemantapan antirasuah ini,” kata kenyataan HASiL.

Sebelum itu, Azam menyaksikan Majlis Melafaz Dan Menandatangani IBR Anggota Lembaga, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berlangsung di Menara Hasil Cyberjaya hari ini.

Sementara itu, HASiL berkata sebagai agensi yang dipersijilkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) sejak tahun 2022, pelaksanaan IBR ini diharap menjadi satu langkah kawalan antirasuah kepada kepimpinan organisasi agar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia juga mengelak daripada sebarang salah laku dan penyalahgunaan kuasa seterusnya dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pengurusan dan pentadbiran percukaian negara,” ujar HASiL lagi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican; Ketua Pegawai Eksekutif HASiL Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin; pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia serta barisan pengurusan kanan HASiL.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd