Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hari Habitat Sedunia 2025: Malaysia Terus Terajui Tindakan Bandar Mampan

Malaysia terus memperkukuh peranannya di peringkat global dalam menangani krisis bandar secara mampan, seiring aspirasi membina bandar inklusif, selamat dan berdaya tahan.

Hari Habitat Sedunia 2025

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang juga Presiden Perhimpunan UN-Habitat menegaskan komitmen Malaysia memperkasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta memperluas kerjasama serantau dan antarabangsa bagi memastikan tiada komuniti terpinggir daripada pembangunan mampan.

“Perancangan bandar yang inklusif dan berdaya tahan tidak boleh kekal sebagai wacana. Ia mesti diterjemahkan melalui tindakan bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia (SHHS) Peringkat Malaysia Tahun 2025 di Cyberjaya, hari ini.

Hari Habitat Sedunia

Menurut beliau, tahun ini amat signifikan kerana Malaysia menyambut Hari Habitat Sedunia buat pertama kali sebagai Presiden UN-Habitat Assembly, yang turut bertepatan dengan Pengerusi ASEAN 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kepimpinan serentak di dua peringkat ini membolehkan Malaysia membantu membentuk hala tuju dunia ke arah pembangunan bandar yang mampan dan saksama,” ujarnya.

Kor Ming berkata, krisis bandar kini menjadi realiti global yang memerlukan tindakan bersama, merangkumi ancaman banjir, gelombang haba, jerebu serta tekanan ekonomi dan sosial akibat konflik antarabangsa.

“Persoalannya bukan sama ada krisis akan berlaku, tetapi sejauh mana kita bersedia dan pulih bersama,” katanya.

Sebagai Presiden UN-Habitat Assembly, Malaysia berperanan penting mengarusperdanakan New Urban Agenda ke dalam United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), bagi memastikan prinsip kelestarian dilaksana secara nyata dan berimpak di peringkat tempatan.

“Ketahanan bandar adalah tanggungjawab bersama. Sama ada melalui penggunaan beg guna semula atau pengasingan sisa di punca, setiap tindakan kecil memberi makna besar,” tambahnya.

Artikel lain: RMK-13 Perkasa Pembangunan Bandar Mampan Dan Inklusif – Kor Ming

Sementara itu, beliau turut mengiktiraf peranan penting PBT sebagai barisan pertama bertindak ketika krisis melanda.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila banjir melanda atau mata pencarian terjejas, pihak berkuasa tempatanlah yang menjadi penyelamat awal. Kepimpinan mereka penting dalam memastikan perkhidmatan asas dan perumahan kekal dapat diakses,” katanya.

Jelas Kor Ming, Malaysia sudah membuktikan keupayaan itu melalui pelaksanaan projek bandar pintar, mitigasi bencana, dan penglibatan komuniti seperti Pasukan Bomba Sukarela.

Hari Habitat Sedunia

Selain itu, bersempena sambutan Hari Habitat Sedunia, Malaysia Scroll of Honour Award 2025 turut diumumkan bagi mengiktiraf organisasi, pemimpin dan komuniti cemerlang dalam usaha menangani krisis bandar.

Hari Habitat Sedunia

Anugerah itu menampilkan tiga kategori baharu iaitu Organisasi Cemerlang dalam Tindak Balas Krisis Bandar, Kepimpinan Unggul, serta Inisiatif Komuniti dan NGO.

“Setiap penerima mewakili kisah inspirasi dalam membentuk masa depan bandar yang lebih lestari,” katanya.

Dalam masa sama, Kor Ming menyeru semua pihak berganding bahu menjayakan aspirasi bandar mampan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kejayaan bukan diukur melalui pelan semata-mata, tetapi melalui pelaksanaan dan penyertaan rakyat. Setiap krisis adalah peluang untuk kita menjadi lebih kuat,” ujarnya lagi.

Sambutan Hari Habitat Sedunia 2025 bertemakan “Urban Crisis Response” turut menampilkan pelbagai pengisian seperti Urban Resilience Clinic, sesi Pocket Talk bersama agensi penyelamat, dan penyerahan Aku Janji Bomba Komuniti oleh Pasukan Bomba Komuniti Residensi Port Dickson.

Hari Habitat Sedunia

Turut hadir Pengurusan Tertinggi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk-Datuk Bandar, wakil kedutaan asing serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah kementerian tersebut.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd