Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Harga Sawit Diramal Terus Lemah Sehingga Tahun Depan

Baru-baru ini, pihak Fitch Ratings menjangkakan harga penanda aras minyak sawit mentah (MSM) akan terus melemah dalam tempoh tiga hingga empat suku tahun akan datang.

Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut berlaku disebabkan  kejatuhan semula harga komoditi itu di bawah AS$800 (RM3,764.55) satu tan pada bulan ini.

“Pada masa ini, kami mengandaikan harga penanda aras MSM berada pada AS$600 (RM2,823.41) satu tan tahun depan dan meningkat sedikit kepada AS$650 (RM3,058.70) satu tan,” katanya.

Firma penarafan antarabangsa itu berkata, pada tahun ini pengeluaran minyak sawit menunjukkan peningkatan malah menjangkakan persekitaran akan bertambah baik.

Bagaimanapun, kemunculan fenomena El Nino berkemungkinan besar akan berlaku bakal menjejaskan pengeluaran pada akhir tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bekalan global minyak sayuran lain juga harus bertambah baik dalam tempoh ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, pihaknya turut meramalkan fenomena El Nino yang kuat bakal berlanjutan sehingga Mac tahun depan yang akan menyebabkan cuaca menjadi lebih kering daripada kebiasaan.

“Episod sebelum ini dalam corak cuaca menyebabkan cuaca lebih kering di Indonesia dan Malaysia biasanya berlarutan selama setahun atau lebih.
“Justeru, kami melihat risiko El Nino yang kuat berterusan sehingga sekurang-kurangnya akhir 2024.
“Ramalan cuaca dalam beberapa bulan akan datang seharusnya memberikan keterlihatan yang lebih baik pada separuh kedua 2024 4 dan seterusnya, sekali gus ia mungkin memberi gambaran positif dalam tinjauan harga MSM untuk 2024 hingga 2025,” katanya.

Sebelum ini, minyak sawit akan mengalami permintaan jangka pendek yang kukuh disebabkan kesan El Nino dan perayaan Deepavali yang secara tidak langsung menyokong harga komoditi tersebut, seperti mana yang dilaporkan Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd