Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gagal Saman Musa Hassan, Hannah Yeoh Cari Keadilan

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh cari keadilan selepas gagal menyaman kes fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut laporan MalaysiaGazette, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu memuat naik satu hantaran menerusi platform X menyatakan dengan tegas bahawa beliau akan mencari ‘keadilan’ di Mahkamah Rayuan kelak.

Hannah Yeoh cari keadilan

Hannah Yeoh cari keadilan

Foto: X @hannahyeoh

“Sekarang saya akan pergi ke Mahkamah Rayuan untuk mencari keadilan,” tulisnya yang turut berkongsi laporan berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah yang difailkannya terhadap Musa.

Terdahulu, Hannah mendakwa Musa memberi ucapan pada forum ‘Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?’ dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai diri beliau dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya, pada 3 Julai 2020 lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hannah Yeoh cari keadilan selepas mahkamah tolak saman fitnah

Ahli Parlimen Segambut itu mendakwa kenyataan Musa menuduhnya menulis sebuah buku bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, merosakkan Islam dan negara, serta meletakkan kepentingan peribadinya di atas kepentingan negara.

Hannah Yeoh cari keadilan

Foto: The Sun

Justeru, Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi, bagaimanapun menolak saman berkenaan dan memerintahkan Hannah selaku plaintif untuk membayar kos RM40,000.

Arziah mendapati Hannah gagal membuktikan kenyataan terbabit secara keseluruhan merujuk kepada beliau dan Musa (defendan) bertanggungjawab atas penerbitannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hannah Yeoh cari keadilan

Foto: Malaysiakini

Artikel lain: Dikecam Bergambar Dengan Atlet Thailand, Hannah Yeoh Raikan Semua Pemenang

Walaupun wacana awam mesti seimbang antara perlindungan dengan reputasi, mahkamah mendapati Hannah gagal membuktikan Musa mempunyai niat jahat dan kenyataan dikeluarkannya itu berunsur fitnah.

Tambah beliau lagi, majlis forum itu dilindungi keistimewaan dan Musa mempunyai alasan munasabah dalam kenyataannya berdasarkan pengakuan serta penulisan Yeoh dalam buku terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, forum itu dianjurkan oleh Pengerusi Institusi Raja-raja Melayu UiTM.

Sumber: MalaysiaGazette

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd