Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hampir 15 Tahun Hidup ‘Single’, Rossa Tak Kisah Jika Jodoh Lelaki Korea

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa memaklumkan dia tidak pernah berkecil hati apabila soalan mengenai jodoh diajukan selepas hampir 15 tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Menurut laporan Serambi News, penyanyi yang berusia 45 tahun itu sentiasa meletakkan sepenuhnya ketentuan jodoh itu kepada takdir tuhan.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani tidak pernah menolak takdir tersebut namun, terdapat beberapa kriteria pasangan yang diinginkan dalam hidupnya.

Rossa tak kisah jodoh lelaki Korea

Artikel lain: “Kahwin Tetap Cerai Jugak”- Refal Hady Tak Setuju Ibu Bapa Tentukan Soal Jodoh

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Yang penting soal jodoh untuk saya itu kehendak Allah saja yang penting buat saya ialah baik, kacak… kaya itu saja ya, kaya hati ya, kaya harta kan itu perkara berbeza,” katanya.

Bukan itu sahaja, ibu kepada seorang cahaya itu turut tertarik untuk memiliki seorang suami dari Korea Selatan jika jejaka tersebut memenuhi ciri-ciri yang diidamkan.

“Boleh saja ya… kalau dapat jodoh dengan orang Korea yang kacak, baik, kaya, Muslim, tak akan saya nak menolak kan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelantun lagu pudar menjadikan anak lelakinya iaitu Rizky Langit Ramadhan sebagai tempat luahan atau berkongsi mengenai kenalan lelaki yang dikenalinya sebelum ini.

Sekadar info, Rossa pernah mendirikan rumah tangga bersama Surendro Prasetyo pada tahun 2004 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu tidak kekal lama dimana Rossa dan Surendro bercerai pada tahun 2009.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Serambi News

 

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd