Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Habhal’s Bakal Saman Individu, Tuduh Kilang Kicap Kotor Ada Najis Tikus

Syarikat pengeluaran kicap terkemuka tempatan, HABHAL’S Cap Kipas Udang akan mengambil tindakan undang-undang dengan mengeluarkan saman terhadap seorang pengguna TikTok yang telah membuat hantaran bersifat fitnah.

Pengguna TikTok yang menggunakan nama Rindu Kasih telah membuat tuduhan tidak berasas selain menghasut pengguna untuk berhenti menggunakan produk keluaran HABHAL’S Cap Kipas Udang.

Tak gentar saman, kongsi tangkap layar kilang kicap ada najis tikus

Dalam hantaran tular, individu berkenaan telah memuat naik satu tangkap layar berkenaan memaparkan sebuah kilang kicap terdedah dengan kotoran najis tikus. Namun, tiada jenama spesifik yang diletakkan di situ.

habhal's saman

Bagaimanapun, individu berkenaan di ruangan komen menyatakan jenama Habhal’s adalah kilang kicap berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ramai orang takut nak bagitau jenama kicap ni, takut kena saman. Tapi saya berani beritahu kepada anda semua jenama kicap ini.
“Jadi, tolong kerja baik anda semua. Saya mohon sila viral video ini..”tulis pengguna TikTok berkenaan.

habhal's saman

Habhal’s bakal saman pengguna Rindu Kasih

Habhal’s dalam sebuah kenyataan menyatakan mereka akan saman individu terbabit kerana telah menabur fitnah dan sehingga menjejaskan imej dan kepercayaan pengguna terhadap produk keluaran mereka.

@rindu.kasih07

ramai orang takut nak bagitahu jenama kicap nie, takut Kene saman, tapi saya berani beritahu kepada anda semua jenama kicap ini.. jadi tolong kerja baik anda semua Sye mohon sila viral video ini agak semua orang di Malaysia tahu.. ini berita benar, bukan berita kejar view.. sebab saya ade lah orang yang mengejar kebenaran dari penipuan.. mohon sebarkan

♬ Legend – Marcos Yap

Tegas jenama Habhal’s di bawah Zara Food Industies Sdn.Bhd, kesemua produk keluaran mereka adalah 100% milik Muslim Bumiputera yang beroperasi di Johor dan bukannya Pulau Pinang seperti mana dinyatakan pada tangkap layar hantaran tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak syarikat memandang serius perkara ini dan telah membuat laporan Polis dan akan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun tersebut.
Hal ini kerana, ia telah menjejaskan imej dan kepercayaan pengguna terhadap produk keluaran HABHAL’S Cap Kipas Udang,”menurut kenyataan.

habhal's saman

Artikel lain: McDonald’s Malaysia Saman Gerakan Galak Boikot, Tuntut Ganti Rugi RM6 Juta

Malah, Habhal’s juga merupakan menitikberatkan kebersihan serta mengikut piawaian antarabangsa dalam sistem pengurusan kualiti iaitu  ISO 9001.

“Selain itu, produk keluaran HABHAL’s Cap Kipas Udang mempunyai sijil Halal daripada Jabatan Agama Islam (Fast Track) dan sentiasa mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985,”katanya lagi.

Sumber: FB CAP KIPAS UDANG, TikTok rindu.kasih07

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd