Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Kritikal Selepas Cuba Bunuh Isteri, Kelar Diri Sendiri

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar jam 6 pagi tadi.

Guru kritikal selepas cuba bunuh isteri

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian disedari ibu mangsa selepas terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas sebelum mendapati menantunya yang juga seorang guru sedang menindih mangsa sambil cuba mengelar leher isterinya.

cuba bunuh isteri

Foto: Malaysia Gazette

Suspek kritikal selepas cuba bunuh isteri

Menurut beliau, ibu mangsa sempat menarik anaknya dari katil untuk dibawa keluar sebelum menyaksikan suspek, 30, bertindak mengelar tangan serta lehernya sendiri menggunakan pisau dapur.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher tetapi berada dalam keadaan stabil.
“Manakala suspek cedera dilaporkan kritikal dan dirawat di zon merah akibat kecederaan di bahagian leher dan pergelangan tangan namun berada masih sedar,” katanya kepada Malaysia Gazette di lokasi kejadian, hari ini.

Artikel lain: Polis Dedah Rasa Tidak Puas Hati Punca Penuntut Dikelar Bekas Teman Lelaki

Sazalee berkata, pasangan guru itu telah mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak selain mereka pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua di sebuah universiti di Beijing, China.

Advertisement. Scroll to continue reading.
cuba bunuh isteri

Foto: Kosmo! Online

“Maklumat daripada saksi mendapati pasangan ini hidup dalam keadaan harmoni tanpa sebarang masalah kewangan, kemurungan atau perselisihan rumah tangga.
“Malah, komunikasi mereka malam tadi juga baik dan tiada perkara mencurigakan dikesan.
“Pasangan berkenaan tinggal bersama keluarga pihak isteri dan polis masih menyiasat punca kejadian,” ujarnya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd