Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gambarkan Diri Sebagai Nabi Isa? Trump Padam Imej AI Selepas Dikecam

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin memadam satu imej yang dimuat naik di media sosial selepas mencetuskan kontroversi dan bantahan daripada pemimpin agama yang menyifatkannya sebagai penghinaan terhadap kepercayaan.

Imej berkenaan yang dikongsi di platform Truth Social miliknya, memaparkan Trump dalam jubah merah dan putih sedang menyentuh dahi seorang lelaki yang kelihatan sakit, dengan pancaran cahaya dari tangan dan kepalanya, visual yang menyerupai gambaran penyembuhan dalam tradisi keagamaan.

Turut kelihatan dalam latar belakang ialah bendera AS serta beberapa individu yang memerhati dengan penuh penghormatan.

Gambar janaan kecerdasan buatan (AI) itu dimuat naik lewat malam Ahad sebelum dipadamkan pada hari berikutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Truth Social

Ketika ditanya, Trump menolak dakwaan bahawa imej tersebut bertujuan menggambarkan dirinya sebagai Nabi Isa.

“Saya memuat naiknya dan saya fikir ia lebih kepada menunjukkan saya sebagai seorang doktor, ada kaitan dengan Palang Merah.
“Ia sepatutnya menunjukkan saya menyembuhkan orang. Dan saya memang menyembuhkan orang. Saya membantu ramai orang menjadi lebih baik,” katanya kepada wartawan.

Namun, penjelasan itu tidak meredakan kritikan termasuk daripada tokoh Kristian konservatif yang selama ini menyokong beliau.

Foto: Reuters

Wartawan dan pengulas konservatif, Megan Basham mempersoalkan tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu penghinaan serius terhadap agama.

“Saya tidak pasti sama ada Presiden menganggap ini sebagai jenaka atau sebaliknya, tetapi ini adalah penghinaan agama yang sangat teruk,” katanya di platform X.

Beliau turut menggesa Trump menarik balik hantaran itu serta memohon maaf kepada rakyat AS dan juga kepada Tuhan.

Trump sebelum ini juga pernah mencetuskan perhatian apabila menggunakan unsur dan imejan keagamaan dalam beberapa hantaran media sosialnya.

Sumber: Al Jazeera

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd