Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Gagal Lunas Tunggakan KWSP Pekerja, 635 Pengarah Syarikat Dihalang Tinggalkan Negara

Seramai 635 nama pengarah syarikat dilarang meninggalkan negara selagi belum menjelaskan tunggakan caruman pekerja, maklum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi laporan Malaysia Gazette, KWSP berkata, tunggakan caruman itu antara bulan Januari dan Jun 2024 dan kesemua penama telah dikemukakan kepada Jabatan Imigresen.

“Tindakan itu selaras dalam peruntukan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991,” katanya.

Foto: pepitih.com

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin berkata, semua majikan perlu membayar caruman pekerja mereka dengan segera seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 43(1) Akta KWSP.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kegagalan membayar caruman KWSP pada masanya merupakan satu kesalahan serius dan KWSP tidak akan teragak-agak untuk menggunakan penyelesaian undang-undang terhadap majikan yang ingkar, termasuk tindakan sivil dan jenayah, untuk melindungi hak pekerja.
“Caruman bulanan menunjukkan komitmen majikan terhadap kesejahteraan pekerja dan bagi memenuhi kewajipan undang-undang. KWSP akan terus menguatkuasa dan memantau majikan untuk memastikan semua jumlah tertunggak dibayar sepenuhnya,” ujarnya.

Foto: malay.news

Beliau berkata, seramai 13,820 majikan, atau 2.02 peratus daripada keseluruhan 685,399 majikan yang berdaftar dengan KWSP gagal membayar caruman pekerja mereka sehingga Jun 2024.

“Bagi tempoh yang sama, seramai 12,787 pengarah syarikat telah dihalang keluar negara akibat tunggakan caruman, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.
“Dalam tempoh antara Januari dan Jun 2024, sebanyak 1,932 saman sivil telah difailkan terhadap pengarah syarikat manakala 2,200 kes jenayah difailkan terhadap majikan yang ingkar caruman KWSP bulanan pekerja mereka,” jelasnya.

KWSP juga mengingatkan kepada ahli supaya menyemak akaun secara berkala melalui aplikasi KWSP i-Akaun bagi memastikan caruman daripada majikan dibayar dengan tepat jumlah dan masanya.

Sumber: Malaysia Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd