Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Malaysia ‘Mat Kilau’ Dan ‘Imam’ Ditayang Di Namibia

Buat julung kalinya, filem Malaysia Mat Kilau dan Imam ditayang di Namibia dengan menganjurkan Promosi Hari Filem Malaysia yang pertama di negara Afrika Selatan itu di pawagam Franco Namibian Cultural Centre (FNCC).

Suruhanjaya Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua filem dengan sari kata bahasa Inggeris itu mendapat reviu  baik daripada penonton Namibia kerana ia menerapkan semangat patriotisme dan nilai-nilai murni.

Filem Malaysia ditayang di Namibia

Artikel lain: ‘The Original Gangster’ Belum Keluar, Syamsul Yusof Mahu Hasilkan Filem Baru Pula

Kenyataan itu juga menekankan bahawa filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin yang berterusan menentang pendudukan Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lebih-lebih lagi, ia mencerminkan semangat kepimpinan serta semangat juang menentang penindas – sama dengan senario semasa rakyat Palestin ditindas oleh Israel,” menurut kenyataan itu.

Semasa berucap pada majlis itu, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Namibia, Datuk Dr Mohamad Rameez mengambil peluang menjelaskan mengenai isu Palestin serta menyuarakan harapan agar rakyat Namibia akan memberi sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Acara itu menggamit kehadiran lebih 100 peserta, termasuk tokoh terkenal seperti Datuk Bandar Windhoek City Joseph Uapingene dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Namibia Salmaan D Jacobs.

Diplomat asing dan 45 pelajar dari Universiti Limkokwing Namibia turut hadir. Ekspatriat Malaysia yang menetap di Namibia, khususnya dari Windhoek dan Luderitz turut hadir.

Pada masa ini terdapat lebih 40 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Namibia, kebanyakannya dalam sektor cari gali minyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain tayangan filem, para penonton turut dijamu dengan hidangan Malaysia yang lazat, bertujuan mempromosikan hidangan kulinari negara kepada penduduk tempatan.

Suruhanjaya Tinggi menegaskan bahawa promosi ini selaras dengan inisiatif budaya dan promosi yang diterajui oleh Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam Wisma Putra.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd